Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan akan diurus secara badan korporat mulai 1 Januari depan, kata pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata kini sudah sampai masanya Umno perlu diurus secara sepenuh masa dan tidak lagi secara sukarela.
"Dalam kemajuan IT masa kini, kita mesti mengurus Umno secara sepenuh masa. Kalau nak ikutkan kerja sukarela yang dibuat oleh parti ini kadang-kadang tak menjadi. Jadi, kita kena buat kerja sepenuh masa.
"Saya telah membentangkan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan hari ini bahawa kita akan menubuhkan satu badan iaitu badan operasi yang selari dengan kita punya Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan di sini, pada Isnin.
Mesyuarat itu adalah yang pertama selepas beliau dilantik semula oleh presiden parti, sebagai pengerusi badan perhubungan itu.
Mohamad berkata badan operasi ini akan mempunyai pengarah operasinya sendiri yang bekerja sepenuh masa, manakala di bawahnya akan diwujudkan pelbagai jabatan atau unit seperti latihan, media, keahlian, pendaftaran, pengundi dan sebagainya.
-
"Walaupun Umno diurus secara badan korporat, tapi kita masih ada lagi jawatan sukarela seperti Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan. Tapi kita buat satu badan di mana setiap kali mesyuarat perhubungan, pengarah operasi akan membentangkan skop kerja yang telah kita minta mereka (badan korporat) lakukan," katanya.
Sementara itu, katanya, usaha untuk mendaftarkan mereka yang sudah cukup umur 21 tahun di negeri ini sebagai pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) perlu segera dilakukan.
"Di negeri ini terdapat 104,000 yang sudah cukup umur tetapi masih lagi belum mendaftar sebagai pengudi. Daripada jumlah itu, lebih 93 peratus adalah orang Melayu dan saya tak tahu apa sebab mereka tidak mahu mendaftar sebagai pengundi.
"Oleh itu, saya menyeru ibu bapa yang anak mereka sudah mencapai umur 21 tahun supaya suruh mereka mendaftar sebagai pengundi dengan SPR," katanya.
Bernama
Tue Nov 26 2013
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Mesyuarat SMCC akan diadakan setiap tahun - Mohamad Hasan
Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama kali diadakan di sini pada Selasa akan dijadikan acara tahunan.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Lawatan rasmi: Mohamad Hasan ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember
Mohamad akan mempengerusikan bersama mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia dengan rakan sejawat, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.