Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berharap perbahasan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di Parlimen mulai hari ini, berlangsung secara baik dan sihat.
Beliau berkata kerajaan akan mengambil peluang itu untuk menjelaskan mengapa TPPA baik untuk negara, manakala pembangkang pula boleh menjelaskan kenapa mereka tidak bersetuju.
Dalam semangat demokrasi berparlimen, undi akan dilakukan dan kehendak majoriti akan diikuti, katanya dalam laman blog sskeruak.blogspot.my.
Salleh menarik perhatian bahawa kerajaan memutuskan untuk membenarkan TPPA dibahaskan di Parlimen walaupun perjanjian perdagangan bebas tidak memerlukan penelitian Parlimen atau kelulusan, tetapi hanya memerlukan kelulusan Kabinet.
Beliau turut merujuk kepada aduan pembangkang bahawa tempoh 60 hari tidak cukup untuk memahami TPPA dan lebih banyak masa diperlukan.
"Sebenarnya, 60 hari mengkaji TPPA sebagai persediaan untuk perbahasan selama dua hari bermula esok (hari ini) merupakan tempoh masa yang cukup jika dilakukan secara sistematik dan berfokus," kata Salleh.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sidang khas Parlimen itu adalah langkah proaktif kerajaan Malaysia walaupun ia bukan satu keperluan bagi TPPA dibentang di badan legislatif negara-negara anggota.
Beliau berkata prinsip pasaran terbuka yang diamalkan dalam TPPA pastinyaakan menguntungkan semua pihak, khususnya negeri yang agresif dalam perindustrian dan perdagangan seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Bernama
Tue Jan 26 2016
SALLEH: Dalam semangat demokrasi berparlimen, undi akan dilakukan dan kehendak majoriti akan diikuti.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.
KSP RMK12: 151 Ahli Parlimen bahas, sesi penggulungan minggu depan
Masalah kekurangan beras, pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sarawak, perumahan, rasuah dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah antara isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pada perbahasan u
148 Ahli Parlimen selesai bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 148 Ahli Parlimen selesai mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula 14 Feb lepas.
Speaker ingatkan Ahli Parlimen pakai pelitup muka semasa berbahas
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di Dewan Rakyat.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Sebab daruratlah tidak boleh lama-lama' - Timbalan Speaker
Dulu baik ketika zaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), mereka boleh bersidang lama bahkan sehingga jam 3 pagi.
Ahli Parlimen boleh mencelah, tanya soalan pada sidang khas Parlimen - Saifuddin
Ahli Parlimen boleh mencelah dan bertanya soalan malah berbahas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai.
Suhakam zahir kekecewaan terhadap Parlimen
Laporan Tahunan ini mengandungi syor-syor berkaitan hak komuniti rentan termasuk Orang Asli, wanita dan kanak-kanak, mangsa pemerdagangan manusia, pelarian dan pencari suaka serta pekerja.
Belanjawan 2021 lulus, papar kematangan politik Malaysia
Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar semalam.
Belanjawan 2021: PN dapat manfaat sekiranya Ku Li tidak sertai undian
Hamidin berkata tanpa kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang itu, kerajaan PN tidak perlu bimbang akan satu undi yang tidak menyokong mereka.
Ku Li umum tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021
Ku Li menjelaskan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada perdana menteri sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting perlembagaan.