Penggunaan telefon adalah medium komunikasi utama kanak-kanak hari ini dan jika tidak dipantau sewajarnya, mereka akan terdedah kepada bahaya alam siber seperti pornografi, pendedahan seksual, dan child grooming kanak-kanak.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ini berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 (KPKM-5, 2014) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2017.
Katanya dalam kajian KPKM-5 2014 mendapati penggunaan telefon adalah medium komunikasi paling tinggi yang digunakan dalam kalangan remaja dengan ibu bapa iaitu 73 peratus, diikuti dengan sistem pesanan ringkas 54.6 peratus dan media sosial 15.6 peratus.
Manakala kajian SKMM mendapati 83.2 peratus kanak-kanak dalam lingkungan usia lima hingga 17 tahun adalah pengguna internet dan 93 peratus daripada kanak-kanak ini melayari internet menggunakan telefon pintar, katanya.
"Kita semua perlu menerima perubahan zaman yang berlaku kepada generasi anak kita... namun begitu, kita sebagai ibu bapa perlu bertindak secara bijak menangani perubahan yang mendatang.
"Ramai yang leka menggunakan media sosial sehingga mengabaikan banyak aspek perhubungan langsung yang perlu dalam keluarga bagi memupuk suasana mesra yang boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
"Menyedari situasi ini, LPPKN telah menganjurkan kempen "No Gadget Hour" bertujuan untuk memastikan ibu bapa mempunyai masa berkualiti bersama anak dan tidak mengutamakan penggunaan gajet semasa," katanya dalam ucapan perasmian Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Bagi menyediakan sokongan tambahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja, beliau menyambut baik kerjasama United Nations Population Fund dan LPPKN dalam membangunkan satu aplikasi maya yang dinamakan sebagai mykafeTEEN.
"Aplikasi mesra remaja ini usaha terbaharu LPPKN untuk mendidik dan memberi khidmat sokongan kepada remaja khususnya berkaitan isu kesihatan.
"Perkhidmatan yang disediakan merangkumi informasi kesihatan reproduktif, pemainan edutainment e-games selain aktiviti Teen Talk dan Teen Chat bersama kaunselor remaja dan doktor.
Dr Wan Azizah berkata bersempena dengan sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 ini juga, konsep 'Keluarga Bijak Siber' akan digunakan sebagai medium dalam pelaksanaan pelbagai program seperti seminar, forum dan mana-mana program interaktif di seluruh negara sepanjang November ini.
"Ia bagi meningkatkan ilmu berkaitan penggunaan media sosial yang beretika untuk kesejahteraan keluarga dan kesedaran mengenai bahaya alam siber tanpa kawalan dan pemantauan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
Kajian SKMM mendapati 83.2 peratus kanak-kanak dalam lingkungan usia lima hingga 17 tahun adalah pengguna internet. - Gambar hiasan/Unsplash
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Bahaya alam siber: Pantau penggunaan telefon dalam kalangan kanak-kanak - TPM
Mereka akan terdedah kepada bahaya alam siber seperti pornografi, pendedahan seksual dan 'child grooming' kanak-kanak.