Langkah menangani peningkatan kos sara hidup menjadi bukti keprihatinan kerajaan dalam menyahut keperluan 28.7 peratus penduduk berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ini bererti lebih dua juta daripada tujuh juta isi rumah akan mendapat pelbagai kemudahan melalui agihan dana kerajaan secara lebih adil dan kompetitif dengan persekitaran ekonomi semasa.
"Langkah rasionalisasi subsidi minyak yang dilaksanakan baru-baru ini akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM3 bilion dan sudah tentu hasil penjimatan ini akan dipulangkan kepada golongan sasaran supaya mereka lebih terbela dalam mendepani cabaran kos sara hidup pada tahun hadapan.
"Sama ada disalurkan secara tunai melalui BR1M, bantuan wang persekolahan atau pelbagai bantuan yang lain, secara relatifnya sudah tentu hasil rasionalisasi ini pasti dipulangkan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah," katanya di sini semalam.
Jelasnya, pada waktu ini, pembangkang memainkan isu bebanan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran, namun tidak melihat subsidi ini sebenarnya lebih banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi.
"Adalah wajar rakyat menghargai langkah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan dalam memastikan pengumuman Bajet 2015 bersifat rakyat didahulukan," ujarnya.
Ketika mengulas pelaburan jangka panjang, Irmohizam berkata, pelaburan kerajaan seperti 1MDB yang sebelum ini dikritik telah diperjelaskan sebagai pelaburan strategik bagi memastikan Malaysia terus kompetitif dalam penyediaan prasarana pelaburan masa depan yang berkaitan dengan sasaran berimpak tinggi.
"Kerajaan akan memastikan kaedah pengurusan ekonomi jangka pendek dan panjang dikekalkan bagi memastikan kita berada di landasan yang tepat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.
"Pendekatan Bajet 2015 adalah bersifat jangka panjang dan strategik terhadap penyediaan prasarana pelaburan khusus bagi menarik dana asing memasuki pasaran tempatan sesuai dengan fokus ekonomi jangka panjang," ujarnya.
Irmohizam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjelaskan, sebagai tanda golongan berpendapatan rendah turut mendapat tempat istimewa dalam bajet kali ini, kerajaan terus memberikan keutamaan yang sangat luar biasa kepada semua sektor masyarakat sama ada di bandar, desa dan luar bandar.
"Perdana Menteri juga cukup prihatin mengutamakan kebajikan dan pembangunan ekonomi nelayan yang senantiasa menghadapi pelbagai cabaran hidup. Di samping menaikkan elaun sara hidup nelayan Zon A kepada RM300 daripada RM200 sebulan, buat julung kalinya nelayan darat juga diberikan elaun RM200 sebulan yang melibatkan lebih 44 ribu nelayan.
"Di samping itu, Projek Khas Perumahan Nelayan iaitu membaik pulih dan membina rumah nelayan yang mana ini juga antara rintihan golongan nelayan yang ingin penghidupan tempat tinggal mereka dipertingkatkan," jelasnya.
Di samping itu, katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, golongan berpendapatan rendah turut mendapat tempat istimewa dalam bajet kali ini dan dijangka kekal memberi tumpuan kepada penambahan Projek PPR sejajar dengan keperluan hampir 180 ribu warga kota yang berada dalam senarai menanti.
"Pada masa ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya mampu menyediakan sekitar 3,000 unit rumah kos PPR setahun dan sudah tentu kerajaan akan berusaha menggandakan binaan unit rumah ini demi kesejahteraan rakyat terutama penduduk di bandar," ujarnya.
Katanya lagi, bajet kali ini juga memperlihatkan kesungguhan kepimpinan negara memperjuangkan penghidupan generasi muda yang dihimpit dengan kos taraf hidup yang semakin meningkat.
"Pengumuman mengenai Pelan Transformasi Belia Negara dan Skim Perumahan Belia antara langkah proaktif kerajaan dalam memastikan golongan muda di Malaysia sentiasa mendapat pembelaan di mata kerajaan.
"Dengan wujudnya langkah-langkah afirmatif untuk membantu generasi muda, sesungguhnya perbandingan boleh dilakukan dengan apa yang dinyatakan oleh Bajet Pakatan Pembangkang," katanya.
Irmohizam turut menekankan perhatiannya terhadap bajet yang memperlihatkan elemen Islamik yang tidak menggunakan elemen menaikkan cukai arak dan rokok untuk digunakan bagi memberikan bantuan kebajikan kepada rakyat.
Wan Syamsul Amly
Sat Oct 11 2014
IRMOHIZAM: Langkah menangani peningkatan kos sara hidup menjadi bukti keprihatinan kerajaan dalam menyahut keperluan penduduk berpendapatan rendah. -Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?
Pada Bajet 2015, peruntukan kepada bidang pendidikan meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumpah keseluruhan belanjawan.
Ekonomi negara akan terus berada pada landasan yang kukuh - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia tidak menunjukkan impak negatif susulan pengumuman mengenai penstrukturan semula Bajet 2015.
Struktur semula Bajet 2015: Langkah kerajaan perlu realistik - Penganalisis
Ketua ahli ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata pengurangan defisit kepada 3% KDNK adalah sesuatu yang agak mencabar.
Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak
Perdana Menteri Najib Razak akan umumkan penstrukturan semula Bajet 2015 pada 20 Januari nanti.
Defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai
Sasaran defisit fiskal 3% bagi tahun ini mampu dicapai sekiranya penyelarasan tertentu dalam Bajet 2015 dapat dilakukan secepat mungkin.
Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kemungkinan Bajet 2015 distruktur semula.
DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.
Penurunan harga minyak mentah dunia: kerajaan tidak perlu pinda bajet
Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015,
BAJET 2015: Berapa kena bayar cukai pendapatan?
Beberapa profil individu yang kami sediakan sebagai rujukan untuk anda melihat secara ringkas perbezaan cukai bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
2 juta daripada 7 juta penerima BR1M tidak miliki akaun bank
Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka.