KUALA LUMPUR: Jumlah baki komitmen hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah RM32.08 bilion setakat 30 Jun 2022 dengan andaian kadar tukaran wang asing US$1 bersamaan dengan RM4.50, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, bagi tempoh April 2017 hingga Mei 2022, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan sebanyak RM10.85 bilion melalui Kementerian Kewangan (MOF) dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB berikutan masalah kewangan dihadapi 1MDB sebelum ini.
"Selain daripada bantuan kewangan langsung kerajaan, faedah hutang 1MDB juga dibiayai dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang disimpan dalam satu Akaun Amanah di bawah MOF yang dikenali sebagai Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset," katanya dalam jawapan bertulis di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata, setakat 30 Jun 2022, jumlah dana pemulihan aset 1MDB yang berjaya diperoleh semula adalah sebanyak RM19.28 bilion daripada beberapa mata wang asing termasuk dolar Amerika Syarikat, dolar Singapura dan dolar Australia.
"Dana ini telah dan akan digunakan bagi tujuan pembayaran hutang 1MDB dengan sebanyak RM10.84 bilion telah digunakan untuk tujuan pelunasan hutang 1MDB setakat 30 Jun 2022.
"Pada masa ini, dana itu masih berbaki sebanyak RM8.83 bilion (termasuk hibah dan untung atau rugi tukaran asing)," katanya.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata, proses untuk mendapatkan semula dana 1MDB sedang berjalan dan menyifatkannya sebagai suatu proses rumit dan panjang serta boleh memakan masa bertahun lamanya.
"Ini bukan sahaja melibatkan kerjasama beberapa agensi tempatan dengan asing, malah turut meliputi proses perundangan di mahkamah dan proses rundingan penyelesaian," katanya.
Namun, beliau menegaskan, bahawa kerajaan tetap komited dalam meneruskan usaha untuk mendapatkan semula semua dana berkaitan 1MDB yang telah diseleweng, sama ada melalui tindakan undang-undang mahu pun rundingan penyelesaian.
"Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan pulangan bagi melunaskan hutang 1MDB dan mengurangkan beban kewangan kerajaan," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Jumlah baki komitmen hutang 1MDB adalah RM32.08 bilion setakat 30 Jun 2022 dengan andaian kadar tukaran wang asing US$1 bersamaan dengan RM4.50, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. - Gambar fail BERNAMA
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.