SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menggunakan balai penghulu dan aset-aset negeri untuk dijadikan pangkalan hadapan sebagai langkah menghadapi banjir yang berkemungkinan berlaku di negeri itu.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu bertujuan agar pergerakan aset-aset pasukan penyelamat tidak terlalu jauh selain mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat sekiranya berlaku bencana banjir.
"Kita mengenal pasti balai penghulu serta aset kerajaan negeri yang boleh dijadikan pangkalan hadapan.
"Pangkalan itu nanti akan turut menempatkan agensi dan badan-badan lain yang akan berkhidmat untuk proses menyelamat bagi sebarang kemungkinan bencana dalam lokaliti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menghadapi Monsun Timur Laut di sini hari ini.
Ketika diminta mengulas mengenai projek tebatan banjir yang hanya akan bermula pada Januari tahun depan, sedangkan terdapat risiko banjir berlaku pada penghujung tahun ini, Amirudin berkata ia melibatkan kos yang besar dan perlu melalui proses yang ditetapkan.
"Projek-projek yang melibatkan Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM4.6 bilion itu pun bermula pada Januari. Ada proses yang kita perlu laksanakan, sebahagiannya telah kita mulakan awal, misalnya bagi pembelian pam.
"Ia melibatkan kerja-kerja pengorekkan, pembuatan ban dengan sebahagainya mengambil masa untuk kita laksanakan, kita memang telah 'push' untuk awalkan. Sebelum ini kita sudah mula sebahagiannya terutamanya untuk meningkat longkang dan beberapa perkara lain," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata mulai esok seramai 40 Sukarelawan Selangor (SERVE) terdiri daripada belia berusia 18 tahun ke atas akan dilatih selamat empat hari oleh Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) sebagai persediaan menghadapi banjir.
"Latihan untuk sukarelawan SERVE ini untuk mengenal pasti risiko air banjir yang berarus dan sebagainya selain mereka juga akan jalani latihan 'asas' bantuan pernafasan awal jika berlaku kelemasan.
"Sukarelawan ini akan bersama kita atau jika berlaku banjir di kawasan mereka, mereka boleh bertindak awal untuk membantu proses pemindahan dan penyelamatan mangsa," katanya menambah sebanyak 72 bot penyelamat akan disediakan di kawasan Selangor ketika bencana.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Amirudin (tengah) melawat tapak pameran pada Majls Pelancaran Kesiapsiagaan JBPM Negeri Selangor Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, hari ini. - Bernama
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
4.32 juta telah kemas kini di PADU
Seramai 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.
Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB
Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor tak boleh 'goyang' sindiran JDT
SELANGOR FC tidak boleh 'goyang' dengan sebarang sindiran dan perlu membuktikan mereka sememangnya layak untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
'Tolak jawatan ahli majlis PBT, UMNO tidak tamak' - Zahid Hamidi
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tersebut dibuat untuk bersikap adil kepada UMNO Selangor yang mempunyai 22 bahagian, namun hanya ditawarkan sebanyak 20 jawatan.