MALAYSIA
Balik kampung: Kekal bersabar, berhemah di jalan raya - PDRM
Anggota trafik PDRM membantu menolak kenderaan pengguna yang mengalami kerosakan. - Gambar Astro AWANI
GOMBAK: Laluan menuju ke pantai timur terus sesak dengan jumlah kenderaan menghala ke Pahang, Terengganu dan Kelantan semakin meningkat menjelang tengah hari ini.
Dianggarkan kenderaan yang memasuki Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berjumlah 270,000 buah menjelang tengah hari.
Sehubungan itu, Penolong Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Supt. Bakri Zainal Abidin menasihatkan orang ramai agar kekal bersabar dan berhemah ketika berada di jalan raya.
"Kenderaan yang memasuki ke laluan LPT hari ini agak luar biasa dengan jumlah kenderaan sehingga kini dianggarkan 270,000 buah kenderaan
"Kita nasihatkan agar semua pengguna memeriksa dahulu kenderaan agar berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Seperti mana kita dapat lihat, begitu banyak kenderaan rosak di sepanjang laluan dan ini antara faktor kesesakan yang berlaku," katanya kepada Astro AWANI.
Setakat ini, beliau berkata, lebih 5.5 juta kenderaan dikesan telah meninggalkan Kuala Lumpur dan Lembah Klang menuju ke seluruh negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tegasnya, pengguna diingatkan agar jangan sesekali menggunakan lorong kecemasan dan momotong barisan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) jelasnya, turut menggunakan perkhidmatan dron bagi memantau kesalahan jalan raya yang dilakukan pengguna.