SEPANG: Lebih 60 orang mangsa berjaya diselamatkan selepas Kampung Sri Tanjung, Sepang dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Kesemua mereka ditempatkan salah satu daripada dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu.


Ketua Zon 5 Selangor Selatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Muhammad Faisal Zainal Abidin berkata, limpahan air dari Hulu Langat diburukkan lagi dengan insiden ban pecah menyebabkan air masuk ke kediaman penduduk.



Dua PPS terlibat ialah Taman Gemilang dan Dewan Orang Ramai Dengkil.

“Lebih 60 orang telah dipindahkan ke PPS.

IKUTI SEGALA MAKLUMAT TENTANG BANJIR DI SINI 

"Kami akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Kami ada 40 anggota yang bersiap sedia bersama aset-aset,” katanya kepada Astro AWANI, di sini, pada Khamis.


Beliau turut menjangkakan paras air akan naik mendadak dan memasuki rumah penduduk apabila hujan lebat.