ALOR SETAR: Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari mengakibatkan Kampung Alor Gunung, di sini, yang dilanda banjir semalam, kembali dinaiki air, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, banjir yang sudah surut kira-kira jam 4 petang semalam, kembali melanda kawasan itu jam 11 pagi tadi.
"Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dihantar ke lokasi dan mendapati 10 buah rumah dinaiki air.
“Air memasuki rumah penduduk setinggi satu meter namun kesemua mangsa tidak dipindahkan kerana mereka mahu tinggal di tingkat atas rumah.
“APM sentiasa memantau perkembangan dan membantu mangsa memindahkan barang di dalam rumah ke tempat tinggi.
"Keadaan cuaca ketika ini masih kerap hujan dan anggota APM Kota Setar berada dalam keadaan bersiap sedia sekiranya hujan masih lebat menyebabkan banjir lebih buruk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Norlizawati berkata, pihaknya telah bersedia sekiranya perlu mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS).
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran, hujan lebat akan melanda negeri-negeri di utara Semenanjung bermula 11 hingga 13 Julai.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 13 2022
APM telah bersedia sekiranya perlu mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS). - Gambar/ APM
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Banjir 2 kali sejak semalam, penduduk masih bertahan
Banjir yang sudah surut kira-kira jam 4 petang semalam, kembali melanda kawasan itu jam 11 pagi tadi.