Seramai 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Mejar Jafri Mohamed berkata setakat pukul 5 petang, kesemua mereka daripada lima keluarga yang dipindahkan sejak petang semalam masih berada di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.

"Air Sungai Kesang yang melimpah ke kawasan rumah mangsa ekoran aliran sungai di kawasan mereka dilanda hujan lebat di Johor, dilaporkan telah surut sedikit iaitu pada paras 3.09 meter berbanding 3.12 meter pagi tadi," katanya.

Bagaimanapun paras air berkenaan masih merupakan tahap waspada.