SHAH ALAM: Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Klang susulan beberapa kawasan penempatan penduduk khususnya di Pelabuhan Klang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak 2 petang tadi dan berterusan sehingga kini.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis ketika dihubungi berkata setakat 10 malam tadi, PPS yang dibuka adalah di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek, SRA Pulsu Indah dan Sekolah Kebangsaan Telok Gong yang melibatkan 113 orang mangsa.
"Antara kawasan di Klang yang dinaiki air setinggi satu meter adalah di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Pelabuhan Klang yang membabitkan 106 orang mangsa," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pihaknya giat menjalankan kerja-kerja menyelamat dan membawa mangsa-mangsa yang dikhuatiri masih berada di kawasan dinaiki air itu.
Sementara itu, di daerah Kuala Langat setakat 7 petang tadi, bomba turut menyelamat sebuah keluarga terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia sekitar 60-an dan empat orang kanak-kanak berusia lingkungan empat dan lima tahun susulan kawasan rumah mereka di Jalan Nangka, Banting dinaiki air pada kedalaman satu meter.
"Kesemua mereka telah berjaya dibawa ke tempat selamat dan menunggu untuk dibawa ke PPS.
"Kita juga berjaya menyelamat satu lagi keluarga di sebuah rumah di Jalan Perepat, Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang susulan air naik pada kedalaman satu meter terdiri daripada dua wanita berusia 30-an dan seorang lelaki sekitar 50-an.
"Mereka ini telah dihantar ke PPS di Dewan Telok Panglima Garang," katanya yang menjelaskan paras air di kawasan berkenaan setakat 10 malam ini juga sudah mula surut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021
Beberapa kawasan di Klang dinaiki air selepas hujan lebat sejak petang tadi. - Gambar/ Media sosial
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
Projek pembinaan punca banjir kilat di Kampung Budiman
Banjir kilat di Kampung Budiman yang menjejaskan kira-kira 50 rumah dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran kampung berkenaan.
200 rumah terjejas banjir kilat di Klang, lapan mangsa diselamatkan
Lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda di Kampung Johan Setia, Klang, petang tadi.
Banjir: 3 pusat pemindahan sementara dibuka di Klang
Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Klang susulan beberapa kawasan penempatan penduduk khususnya di Pelabuhan Klang dinaiki air.