KUALA SELANGOR: Seramai 43 mangsa daripada 14 keluarga di Kampung Rantau Panjang di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai MPKS Bestari Jaya di sini selepas rumah mereka dinaiki air pada Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Mohd Khairul Sobri Abdul Rahim berkata, semua mangsa dipindahkan secara berperingkat bermula jam 1 tengah hari Selasa.

Menurutnya, mereka yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 lelaki dewasa dan sembilan wanita, manakala kanak-kanak lelaki (8 orang) dan kanak-kanak perempuan (2 orang).

"Selain itu, seramai tiga warga emas masing-masing lelaki dan wanita, bayi lelaki (lapan orang) dan bayi perempuan (dua orang) turut dipindahkan di PPS sama," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Khairul berkata, daripada pecahan jantina pula merekodkan seramai 29 lelaki dan 14 perempuan ditempatkan di PPS itu.

"Seramai empat petugas masing-masing dua petugas mewakili APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu menguruskan mangsa banjir di PPS.


*Berita asal di Sinar Harian