ALOR SETAR: Kelulusan ladang hutan untuk tanaman getah jenis timber latex clon (TLC) di Gunung Inas dilakukan pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2007, bukannya oleh kerajaan Pas pimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kawasan yang ditanam durian Musang King terbabit dipercayai dilakukan penebangan balak antara tahun 2018 dan 2019.
Namun, beliau mendakwa konsep ladang rakyat yang diperkenalkan oleh Azizan digagalkan oleh Menteri Besar selepas itu, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas kerajaan negeri bertukar tangan pada 2013.
“Ustaz Azizan meneruskan apa yang diluluskan oleh Menteri Besar sebelum itu cuma bertukar konsep kepada ladang rakyat.
"Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat kali pertama dalam sejarah, kita peroleh nilai RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.
"Apa yang berlaku selepas itu, ladang rakyat dibatalkan di tangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kali) dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (2016), sama seperti Mukhriz batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba supaya Pas tidak berkembang di Langkawi,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Muhammad Sanusi turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ladang rakyat adalah projek gagal kerajaan Pas ketika bawah pentadbiran Azizan (2008 hingga 2013) susulan projek tersebut tidak diteruskan oleh Mukhriz.
“Projek itu bukan gagal, tetapi digagalkan oleh Mukhriz sebab bimbang ladang rakyat akan harumkan nama Azizan dalam kalangan orang miskin.
"Sempatlah tanam getah TLC seluas 162 hektar saja untuk fasa pertama dengan berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin sebelum kerajaan bertukar pada 2013,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi tegaskan, ketika zaman pemerintahan Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai ladang rakyat, malah ketika itu Musang King pun masih tidak dikenali ramai.
“Tender balak dibuat antara 2010 hingga 2013, tebangan belum berlaku lagi.
"Kalau betul mereka tak setuju sebab mahu selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan ladang hutan TLC, bukan batalkan ladang rakyat dan tanam Musang King,” ujarnya.
Menurutnya lagi, bagaimanapun semakan perlu dilakukan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) berhubung tarikh sebenar tender dan tebangan berlaku.
“Asalnya kawasan itu projek usahasama dengan Kedah Agro untuk ladang hutan, dengan unjuran bayaran RM20 juta kepada kerajaan negeri selepas membalak dan bangunkan ladang hutan.
“Ustaz Azizan tidak setuju menyebabkan ia ditender dan dapat sekitar RM80 juta. Kawasan ladang hutan asal tidak termasuk Kompartment Lapan yang menjadi punca air Sungai Kupang.
"Komparment empat, lima dan enam saja kalau tak silap saya, perlu semak JPNK dahulu," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya sebelum ini mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, yang mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 buah rumah pada Isnin lalu.
Mukhriz menerajui Kedah sebagai Menteri Besar bermula Mei 2013 hingga Februari 2016 di bawah era Barisan Nasional (BN) manakala antara Mei 2018 hingga Mei 2020 bawah era Pakatan Harapan (PH) menegaskan, projek ladang sejahtera di Kedah tidak dilaksanakan dengan baik kerana penanaman semula kayu getah, pokok untuk pembalakan komersial atau Musang King tidak dilakukan seperti dicadangkan pada awalnya.
Mukhiz mendakwa kerajaan negeri berikutnya yang memulakan kerja-kerja penanaman semula di Kedah, selain berkata bukan penanaman semula yang menyebabkan hakisan tanah dan punca banjir walaupun teres tanaman menyumbang kepada hakisan, sebaliknya penebangan menjadi punca air hujan mengalir terus atas tanah yang terdedah hingga ke dalam sungai.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Jul 11 2022
Muhammad Sanusi berkata, kawasan yang ditanam durian Musang King terbabit dipercayai dilakukan penebangan balak antara tahun 2018 dan 2019. - Gambar fail
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.