Banjir Baling: Kerajaan Kelantan sumbang RM50,000

Bernama
Julai 6, 2022 06:57 MYT
Kerajaan Kelantan akan menyampaikan sumbangan RM50,000 melalui Tabung Serambi Mekah kepada kerajaan Kedah susulan kejadian banjir di Baling, kelmarin, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. - Gambar Facebook
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada kerajaan Kedah susulan kejadian banjir di Baling, kelmarin.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan sumbangan itu akan diberikan melalui Tabung Serambi Mekah.
Beliau berkata sumbangan tersebut adalah sebagai tanda solidariti dan kebersamaan dua negeri.
"Kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir yang berlaku di Kedah menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.
"Semoga usaha pasukan penyelamat dipermudah dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat bagi melancarkan operasi pemulihan pascabencana," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
#banjir baling #Kerajaan Kelantan #Tabung Serambi Mekah #menteri besar kelantan