BALING: Laporan penuh daripada agensi kerajaan berkaitan mengenai banjir dan fenomena kepala air yang mengorbankan tiga nyawa termasuk ibu hamil empat bulan di Kupang dekat sini pada 4 Julai lepas dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata bencana itu diberikan keutamaan supaya jalan penyelesaian dapat segera dicari bagi mengelakkan tragedi sama berulang.
"Sepanjang minggu ini, isu banjir dan fenomena kepala air banyak dibincangkan bahkan semalam, saya mengadakan pertemuan selama kira-kira 45 minit bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya memberi penerangan terperinci mengenai kejadian tersebut termasuk keadaan di situ kira-kira lapan bulan yang lalu iaitu sebelum berlakunya tragedi ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan banjir kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Arab Yayasan Khairiah dekat sini semalam.
Beliau berkata Perdana Menteri telah mengarahkan tiga agensi berkaitan iaitu Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) membuat kajian dan mengenal pasti kaedah berkesan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang.
Pada majlis itu, sebanyak 410 tilam diserahkan kepada pihak sekolah untuk ditempatkan di tingkat 1 bangunan asrama yang sebelum ini terjejas teruk akibat banjir.
Abdul Azeez juga berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan beban pihak sekolah kerana pelajar akan kembali ke asrama mulai Sabtu ini sebelum sesi persekolahan bermula pada 24 Julai.
"Proses pemulihan di sekolah ini sudah sekitar 70 peratus manakala 30 peratus lagi sedang dalam proses baik pulih... ini termasuklah kerosakan yang berlaku pasca banjir antaranya pendawaian semula elektrik.
"Esok kita akan turun lagi untuk menyerahkan sumbangan barangan lain kepada kira-kira 40 rumah dari tiga kampung iaitu Kampung Jerai, Kampung Hangus dan Kampung Pisang yang terletak berhampiran sekolah," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan membantu kakitangan sekolah itu yang terjejas termasuk dari segi bantuan memperbaiki kenderaan yang rosak secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Tinjauan udara menunjukkan keadaan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi yang dilanda banjir, 4 Julai 2022. - Gambar fail/Bernama
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.