SHAH ALAM: Banjir besar berkemungkinan boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari ini susulan fenomena luruan monsun dan dirangsang oleh fenomena La Nina dan negatif Indian Ocean Dipole (IOD) yang masih aktif melanda negara.
Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan selain fenomena La Nina dan negatif IOD menyebabkan peningkatan hujan sehingga membawa kepada berlakunya kejadian banjir terutama di Pantai Timur.
Ujarnya, ramalan dari model global seperti di Nullschool.net meramal hujan lebat berterusan sehingga tengah malam Selasa.
"Dalam tempoh tiga hari ini kemungkinan berlaku banjir besar. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Isnin di negeri Kelantan dan Terengganu.
LAMAN KHAS BANJIR
“Fenomena La Nina dan negatif IOD yang bertindak selari telah merangsang cuaca hujan secara berterusan berlaku beberapa negeri di Malaysia.
“Kekerapan hujan lebat meningkatkan potensi banjir besar dijangka berlaku dalam tempoh tiga hari ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau menambah hujan secara berterusan itu menyebabkan paras air sungai berada pada paras bahaya.
“Air sungai akan melimpah disebabkan taburan hujan yang tinggi sekali gus membawa kejadian banjir besar di beberapa negeri,” ujarnya.
Tambah beliau, beberapa negeri yang dijangka mengalami kejadian banjir besar antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.
Bagaimanapun, Azizan memaklumkan fenomena La Nina dan negatif IOD diramal kembali reda pada hujung tahun ini.
“Fenomena La Nina dan negatif IOD itu akan melemah dan menjadi neutral. Dengan itu ia akan mereda rangsangan untuk hujan daripada tahap luar biasa selain tidak berlakunya cuaca hujan secara berpanjangan.
“Jadi awal tahun 2023 cuaca dijangka baik dan kembali pulih khasnya di negeri-negeri pantai Timur,” katanya.
Beliau menambah ini kerana lazimnya musim hujan lebat di Sabah dan Sarawak berlaku pada bulan Januari dan Februari yang mana sebulan lewat dari Semenanjung.
“Maka fenomena hujan lebat monsun timur laut dijangka tidak reda lagi di Malaysia Timur,” jelas beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 12 2022
Banjir besar berkemungkinan boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari ini susulan fenomena luruan monsun dan dirangsang oleh fenomena La Nina dan negatif IOD yang masih aktif melanda negara. - Gambar hiasan
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Banjir besar dalam tempoh tiga hari
Luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan selain fenomena La Nina dan negatif IOD menyebabkan peningkatan hujan.