Banjir di empat negeri belum reda, 10,549 mangsa dipindah ke PPS

Hafizi Rosli
Januari 16, 2021 01:49 MYT
Pahang masih catat jumlah mangsa tertinggi dengan 5,676 orang. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Empat negeri masih lagi terkesan banjir dengan jumlah keseluruhan mangsa 10,549 orang di 132 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut portal info bencana JKM, Pahang masih catat jumlah mangsa tertinggi dengan 5,676 orang.
Lima daerah masih terkesan iaitu Kuantan, Maran, Temerloh, Bera dan Pekan yang catat jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,928.
Sarawak catat peningkatan kes kepada 4,583 mangsa di empat daerah dengan Kuching merupakan daerah paling terkesan.
Banjir | Kemaskini situasi banjir di Sarawak
Begitu juga di Sabah, tiga daerah masih terkesan meliputi Beluran, Pitas dan Beaufort dengan jumlah mangsa keseluruhan 197 orang.
Johor pula semakin pulih apabila dua daerah sahaja terkesan iaitu Batu Pahat dan Segamat dengan jumlah mangsa seramai 93 orang.
Amaran cuaca buruk | Waspada, hujan lebat & angin kencang
#PPS #jkm #banjir #hujan #Pahang #Sarawak #mangsa