Jumlah mangsa banjir di Rompin pagi ini tidak banyak berubah apabila 118 orang daripada 33 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara berbanding 125 orang daripada 34 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata daripada jumlah itu, 91 orang daripada 27 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Setajam.

"Baki 27 orang daripada enam keluarga pula berada di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Rekoh," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

-- BERNAMA