Banjir: Hujan lebat di selatan Sarawak, dua PPS diaktifkan

Bernama
Februari 16, 2024 07:23 MYT
PPS yang dibuka melibatkan Dewan Kampung Sinar Budi Baru, Kuching dan Dewan Kampung Segong, Bau. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Sarawak mengaktifkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 18 mangsa banjir setakat 12.45 tengah hari ini, berikutan situasi hujan berterusan sejak 3 pagi tadi di beberapa kawasan selatan negeri itu.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), PPS berkenaan melibatkan Dewan Kampung Sinar Budi Baru, Kuching dan Dewan Kampung Segong, Bau.
"PPS Dewan Kampung Sinar Budi Baharu dibuka pada 11.15 pagi tadi menempatkan 12 mangsa daripada lima keluarga manakala PPS Dewan Kampung Segong dibuka 11.30 pagi tadi melibatkan enam mangsa dari satu keluarga," menurut laporan itu hari ini.
-- BERNAMA
#PPS #pusat pemindahan #Sarawak #banjir