Keadaan banjir di Pahang meningkat dengan 11,925 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat tengah hari berbanding 11,819 orang pagi tadi.
Manakala Kelantan kekal dengan 2,749 mangsa banjir seperti pagi tadi, sementara di Selangor keadaan banjir pulih sepenuhnya dengan kesemua 41 mangsa di sebuah pusat pemindahan yang dibuka di Sepang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara di Perak dan Terengganu, keadaan banjir beransur pulih apabila jumlah mangsa terus mencatat penurunan kepada 3,467 orang berbanding 3,874 orang, pagi tadi.
Di PAHANG, pertambahan jumlah mangsa difahamkan berikutan hujan lebat yang turun secara berterusan dan menyebabkan satu lagi daerah iaitu Rompin, dilanda banjir.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, dua pusat pemindahan mula dibuka tengah hari ini di daerah Rompin yang menempatkan 161 mangsa daripada 40 keluarga.
Menurut jurucakap itu, empat lagi daerah terlibat merekodkan 11,764 mangsa iaitu Pekan 7,414 orang diikuti Maran (2,618 orang), Kuantan (1,012 orang), Temerloh (611 orang) dan Bera (109 orang).
Sementara itu di KELANTAN, keadaan banjir tidak berubah dengan jumlah mangsa kekal 2,749 mangsa yang ditempatkan di 27 pusat pemindahan seperti direkod pagi tadi.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, empat jajahan masih terjejas banjir dengan jumlah mangsa terlibat mengikut pecahan ialah Kuala Krai sebanyak 1,399 orang, Gua Musang (1,157 orang), Tanah Merah (93 orang) dan Machang (100 orang).
Manakala di SELANGOR, keadaan banjir kilat yang melanda tiga lokasi di Sepang, pulih sepenuhnya dan kesemua 41 mangsa yang ditempatkan di satu pusat pemindahan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Keadaan banjir juga bertambah baik di PERAK, apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 3,397 orang daripada 900 keluarga, berbanding 3,601 mangsa daripada 959 keluarga pagi tadi.
Jurucakap MKN Perak berkata kesemua mangsa di lima daerah iaitu Perak Tengah, Hulu Perak, Hilir Perak, Manjung dan Kuala Kangsar ditempatkan di 18 pusat pemindahan banjir.
Pecahan jumlah mangsa yang direkodkan di daerah terjejas banjir setakat ini ialah - Perak Tengah membabitkan 2,642 orang, Hulu Perak (191 orang), Hilir Perak (394 orang), Manjung (155 orang) dan Kuala Kangsar (15 orang).
Situasi sama berlaku di TERENGGANU, apabila hanya satu daerah sahaja yang masih terjejas banjir iaitu Kemaman dengan jumlah mangsa turun mendadak kepada 70 orang berbanding 273 orang, pagi tadi.
Menurut portal MKN Terengganu, pusat penempatan banjir di Dewan Sivik Kampung Pasir Raja di daerah Dungun telah pun ditutup operasinya dan kesemua 113 mangsa daripada 31 keluarga yang ditempatkan di pusat itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Bernama
Fri Jan 09 2015
Keadaan banjir di Pahang meningkat dengan 11,925 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat tengah hari berbanding 11,819 orang pagi tadi. -Gambar fail
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
Perang dengan Iran? "apa sahaja boleh berlaku" - Trump
Presiden Pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Iran masih terbuka ketika ditanya dalam wawancara dengan majalah Time.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Tenun Pahang Diraja tersedia di menara 188
Produk kraftangan Tenun Pahang Diraja seperti pemegang kunci, tali leher, bekas pensil yang bercorak istimewa kini boleh didapati di menara Kuantan 188, Pahang.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.