KUALA LUMPUR : Semua lorong arah selatan dari Shah Alam ke Setia Alam Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) ditutup serta-merta berikutan banjir kilat, kata PLUS Malaysia Berhad.

Dalam perkongsian di laman Twitter @plustrafik, PLUS berkata penutupan itu susulan kejadian banjir kilat melibatkan laluan di Kilometer 8.3 di NKVE.

"Laluan keluar mandatori diaktifkan melalui Plaza Tol Subang.

"Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi. Pandu cermat, terima kasih atas kerjasama," katanya.

Perkara itu dimaklumkan oleh PLUS jam 6 petang Sabtu.