Banjir: Lebih 52,000 mangsa di 298 PPS di tiga negeri setakat ini

Astro Awani
Mac 6, 2023 03:10 MYT
Situasi banjir di Johor masih serius dengan jumlah mangsa banjir terus meningkat dengan setakat ini sebanyak 48,637 mangsa. - Gambar fail BERNAMA
WP KUALA LUMPUR: Mangsa yang terjejas banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 52,190 orang setakat 11 pagi ini di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Melaka.
Menurut portal Info Bencana JKM, jumlah berkenaan mewakili 15,024 keluarga yang dipindahkan ke 298 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Situasi banjir di Johor masih serius dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada setakat ini, 48,637 mangsa daripada 14,023 keluarga dipindahkan ke 272 PPS.
Sementara itu, situasi banjir di dua negeri lagi dilihat tidak banyak berubah di mana, di Pahang, 20 PPS telah dibuka bagi menempatkan 2,999 mangsa daripada 851 keluarga.
Manakala di Melaka, 554 mangsa banjir daripada 150 keluarga telah ditempatkan di enam PPS.
#mangsa banjir #PPS #pusat pemindahan #Info Bencana JKM #Johor