Banjir P.Pinang: TPM lawat kawasan banjir

Harits Asyraf Hasnan
November 6, 2017 03:09 MYT
Ahmad Zahid tiba di Pulau Pinang bagi meninjau kawasan terjejas banjir. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pukul 10.20 pagi tadi.
Ketibaan beliau disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ahmad Zahid dijadual meninjau ke tiga Parlimen yang terjejas akibat banjir iaitu di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Kepala Batas.
Sejurus tiba, Ahmad Zahid dilihat mendakap erat Guan Eng.
Awal pagi semalam, Guan Eng menghubungi Ahmad Zahid dan meminta bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu kerajaan negeri menguruskan bantuan serta usaha menyelamat mangsa-mangsa banjir.

TPM @Zahid_Hamidi tiba di Butterworth. Disambut & mendakap KM Pulau Pinang @cmlimguaneng @501Awani pic.twitter.com/oBJvA7kmE4

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tinjauan udara di sekitar Bukit Mertajam, belum ada sebarang tanda banjir akan surut @501Awani pic.twitter.com/cWuEhUQEK7

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tinjauan dari udara turut dilakukan menerusi Helikopter @MaritimMalaysia AW139 diketuai Kapten Mohamad Izhar Hassan bersama 2 krew @501Awani pic.twitter.com/NwMixhMDrJ

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Awan tebal di sekitar utara Perak, meliputi kawasan Lumut, Sitiawan, Tg Piandang dan sekitarnya @501Awani pic.twitter.com/qE5RwXfcHq

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) November 6, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ahmad Zahid Hamidi #banjir #Butterworth #Kepala Batas #Ketua Menteri Pulau Pinang #Lim Guan Eng #Permatang Pauh #pulau pinang #Shahidan Kassim #tasek gelugor #Timbalan Perdana Menteri