KUCHING:Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lepas terus meningkat.

Setakat jam 9 pagi ini, 985 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 864 pada 8.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan pembukaan PPS banjir juga meningkat kepada 18 berbanding hanya 10 semalam.

Serian masih menjadi kawasan yang paling teruk terjejas  dengan 710 mangsa ditempatkan di 11 PPS.

Sementara itu empat PPS dibuka di Simunjan dengan 229 mangsa.

Di Samarahan, 38 mangsa ditempatkan di dua PPS manakala lapan mangsa kini masih berada di sebuah PPS di Tatau.