SHAH ALAM: Situasi banjir yang melanda kawasan Sri Muda di sini sejak Jumaat lalu mencetuskan kegusaran buat mangsa apabila ramai yang masih terperangkap di kawasan kediaman mereka selain terputus hubungan dan telekomunikasi.
Menurut salah seorang mangsa, Mohd Sofian Ismail, selain terjejas akibat banjir, apa yang dibimbangkannya ketik ini adalah mengenai pekerjaannya.
"Kita terperangkap dalam kawasan banjir, jadi nak berhubung dengan majikan pun susah.
"Talian telekomunikasi di sini bermasalah, kita nak bergerak pun tiada kenderaan dan kita tidak tahu macam mana keadaan di pejabat," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Sofian berkata, apa yang mampu dilakukan ketika ini hanyalah usaha pembersihan rumah meskipun banjir belum surut sepenuhnya.
Sementara itu, perkongsian daripada anaknya, Muhammad Hazamal Mohd Sofian pula mengatakan lokasi rumah dan keadaan banjir menjadi punca bantuan agak sukar pada peringkat awal.
"Waktu banjir, kenderaan memang dalam keadaan tidak tersusun jadi laluan nak masuk ke rumah jadi susah.
"Kalau nak bandingkan keadaan awal, banjir surut tidak banyak dan mungkin ambil masa beberapa hari lagi untuk surut," katanya lagi.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir 2021: 17 terkorban akibat banjir di Selangor
Kesemua mangsa berkenaan merupakan antara yang terkandas melibatkan kawasan kediaman di Pangsapuri Andorra di sini.
Setakat ini, usaha melakukan penyedutan air keluar ke Sungai Klang sedang giat dijalankan.
Ini termasuk operasi menebuk benteng bagi memastikan air yang bertakung atau keadaan banjir termenung dapat dikeluarkan.
Tinjauan Astro AWANI pada Selasa mendapati paras banjir di Sri Muda tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.
Hilmi Malik
Tue Dec 21 2021
Mohd Sofian berkata, apa yang mampu dilakukan ketika ini hanyalah usaha pembersihan rumah meskipun banjir belum surut sepenuhnya. - Foto Astro AWANI
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.