HULU LANGAT: Mereka tidak pernah menyangka banjir yang tiba kali ini, luar biasa dahsyatnya.
Sebelum ini, paras air setakat lutut dan paha sahaja namun pada 19 Disember lepas, banjir di Taman Sri Nanding hampir menenggelamkan semuanya.
Penduduk tidak pernah menjangka, jauh sekali bersedia, justeru, dalam keadaan cemas itu apa saja cara dibuat untuk menyelamatkan nyawa termasuk berkumpul beramai-ramai di atas bumbung surau.
Surau Al-Munir, Taman Sri Nanding, di sinilah lokasinya.
Bumbung berwarna biru surau itu mungkin kelihatan sedikit pudar namun di situ jugalah tempat perlindungan buat kira-kira 100 penduduk taman perumahan tersebut.
Mereka tiada pilihan selepas melihat aliran air sangat deras malah naik begitu cepat hampir ke paras dada ketika mereka berpusu-pusu keluar menyelamatkan diri.
Berbekalkan semangat dan kudrat, yang tua, muda hatta kanak-kanak ikut sama meredah arus, masuk ke surau, panjat tembok dan dalam keadaan basah lencun, mereka berlindung di bumbung.
Pada saat dan ketika itu, mereka hanya mampu melihat air semakin rakus menerjah masuk ke rumah.
Rakaman detik-detik cemas penduduk berkenaan pernah tular di media sosial sambil disambut dengan penuh kerisauan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Namun, apa lagi pilihan yang mereka ada selain mengharungi banjir besar itu dengan penuh tawakal sekalipun pelbagai persoalan bersarang di kotak fikiran.
Teringat anak-anak, kasihankan ibu mengandung yang turut sama terperangkap dan bimbang bumbung runtuh, itu antara yang bermain di sanubari.
"Fikirkan kalau tenggelam, tiada orang nak tolong. Tapi kita baca doa, minta selamat semua. Jangan bumbung runtuh pula. Alhamdulillah, di sebelah pagi air sudah surut," kata Paridah Hashim, salah seorang penduduk Taman Sri Nanding berkongsi cerita dengan Astro AWANI.
Bagi Jaridah Omar, kesulitan dia dan suami barangkali, tidak seberat yang dilalui oleh seorang ibu yang baru 26 hari melahirkan cahaya mata.
Kata Jaridah, sayu hatinya melihat bayi berkenaan diletakkan dalam besen.
"Saya kasihan ada bayi pantang baru 26 hari. Mak dia basah, dengan menyusu lagi. Tak tahulah macam mana dan dia letak bayinya dalam besen.
"Mujur bayi itu diam saja tapi bila nak menyusu, semua sudah basah. Kain yang dia bawa pun basah juga dalam beg," kata Jaridah mengimbas semula cerita sedih itu.
Apa yang berlaku minggu lalu juga tidak mungkin dapat dilupakan oleh Zahrin Nordin.
Dia bersyukur dan berterima kasih kepada anak-anak muda yang membantu mengangkat penduduk ke bumbung itu.
Tidak dapat menahan sebak, bapa kepada lima anak itu berkata dia tidak kenal langsung anak-anak muda itu namun andai mereka tiada, tidak tahulah bagaimana dengan nasib penduduk yang terperangkap.
"Saya bersyukur kepada Allah dan kalau mereka dengar ini, terima kasih banyak-banyak. Memang terima kasih banyak-banyak sebab kalau mereka tak tolong, macam mana kami nak naik atas (bumbung)?
"Makcik-makcik semua itu… yang terlantar, tak boleh berjalan, ada yang kena strok, semua ada kat atas itu. Macam mana? Itu pakcik tak tahu.
"Kalau mereka dengar terima kasih banyak-banyak. Itu saja saya boleh cakap. Mudah-mudahan Allah terima itu sebagai amal jariah dan beri pahala besar kepada kalian," kata Zahri.
Begitulah realitinya, kisah sebenar rakyat yang mencuba sehabis daya untuk menyelamatkan nyawa.
Kini mereka kerah segala tenaga pula untuk membina semula kehidupan dan pastinya, doa rakyat Malaysia sentiasa ada untuk mereka.
Ridauddin Daud
Fri Dec 31 2021
Di atas bumbung Surau Al-Munir, Taman Sri Nanding inilah hampir 100 penduduk tumpang berlindung ekoran banjir besar melanda sekelip mata. - Gambar Astro AWANI
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
Hujan lebat berterusan, Buenos Aires keluar amaran tahap oren
Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan ribut akibat hujan lebat di kawasan metropolitan Buenos Aires pada Rabu.
Selatan Perancis masih tenggelam akibat banjir
Kawasan di Beaucaire, timur Montpellier di selatan Perancis masih ditenggelami air meskipun banjir mula surut pada Isnin.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.
Hujan, ribut petir landa UAE
Pihak berkuasa di seluruh UAE mengeluarkan amaran menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan elak berkunjung ke pantai.
PETRA akan tambah TAPS atasi masalah bekalan air - Fadillah
Fungsi TAPS amat penting terutamanya ketika musim kemarau atau berlakunya pencemaran di sungai.
Banjir Sarawak: 1,511 mangsa di 14 PPS pagi ini
Enam PPS dibuka di Kuching, tiga di Siburan, dua di Bau, dua di Balai Ringin dan satu di Lundu.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat lebih 1,000 orang
Sebanyak 1,193 mangsa daripada 367 keluarga berlindung di PPS berbanding 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari tadi.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.