KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Segamat, Johor dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat dengan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 37 orang pagi ini berbanding lebih 74 individu pagi semalam.

Info daripada Portal Bencana NADMA memaklumkan, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Sekolah Agama Gemereh, yang menempatkan lapan keluarga.

Daerah itu sukar surut airnya akibat air banjir termenung.

Dengan cuaca yang cerah setiap hari di 10 daerah di Johor, memberi peluang kepada Segamat pulih daripada banjir sepenuhnya.

Pada Sabtu, Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, Pusat Kawalan Operasi Banjir Daerah Segamat akan membuat penilaian sebelum penutupan sepenuhnya PPS dilakukan berikutan keadaan sudah pulih kira-kira 98 peratus.