Banjir Selangor: Semua termasuk warga bukan Islam boleh berlindung di Masjid Tunku Ampuan - Jemaah Bukit Jelutong

Astro Awani
Disember 18, 2021 16:59 MYT
Mana-mana individu yang terkandas akibat banjir kilat berhampiran Bukit Jelutong, Shah Alam boleh mendapatkan perlindungan di Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. - Foto ihsan Facebook Mohd Izzuddin Hafeez
KUALA LUMPUR : Mana-mana individu yang terkandas akibat banjir kilat berhampiran Bukit Jelutong, Shah Alam boleh mendapatkan perlindungan di Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.
Menurut wakil kariah masjid berkenaan, Ahmad Hitaimi Zahari, masjid itu turut membuka pintunya buat mereka yang bukan beragama Islam.
"Mereka terkandas (yang beragama Islam) dekat tol Shah Alam di Bukit Jelutong jadi mereka hendak bersembahyang Zohor. Tetapi apabila kita melihat mereka sudah terkandas beramai-ramai, kita uar-uarkan dalam Whatsapp kariah semua dan yang datang tu bukan sahaja yang beragama Islam, tetapi juga mereka yang bukan Islam," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, pada awal pagi Ahad.
Ujarnya, pihak masjid menganggarkan lebih 200 individu mendapatkan perlindungan di kawasan itu susulan paras air yang meningkat di kawasan sekitar.
Antara lain, pihak masjid juga berusaha menyediakan bantuan makanan buat mereka yang terkandas itu.
Individu-individu yang memerlukan bantuan perlindungan sementara khasnya di sekitar Kota Damansara juga boleh pergi ke Hospital Thomson.
"Hospital Thomson akan membuka wad-wad yang tidak digunakan buat keluarga dan individu yang memerlukan untuk mendapatkan perlindungan sementara.
"Mereka boleh menghubungi +60 3 6287-1111 dan akan disambung kepada jururawat yang bertugas untuk bantuan lanjut," kongsinya menerusi ciapan pengguna di laman Twitter.

For those who are stranded near Kota Damansara & unable to go home, @thomsonhosp_kd is opening our new unused wards for people & families needing temporary shelter. Pls call +60 3 6287 1111. The operator will transfer to the duty nurse manager for further assistance. Stay safe. pic.twitter.com/SNtxF24ic3

— Nadiah Wan (@lapetitemaligne) December 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain di Selangor, beberapa kawasan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur turut dilaporkan ditenggelami air susulan hujan lebat yang berterusan lebih 24 jam yang lalu.
Terdahulu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sepenuhnya Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya mulai 2 petang hari ini, akibat banjir susulan hujan lebat sejak 24 jam lepas.
Setakat ini, PLUS memaklumkan bahawa satu-satu jalan keluar yang dibuka untuk dilalui ialah di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk laluan ke arah selatan dan utara, sementara laluan masuk di Bukit Raja serta laluan Setia Alam ke Shah Alam juga ditutup.
#banjir Lembah Klang #Selangor #Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong #Hospital Thomson Kota Damansara