KOTA BHARU:Pas nafi berlembut dalam memperjuangkan isu lesen arak dan judi.
Sebaliknya, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary menegaskan selaku parti dalam kerajaan, bantahan akan dikemukakan ikut saluran yang betul.
"Sebagai kerajaan, kita tetap nyatakan bantahan.
"Cuma berbeza bila kita kerajaan, lagi mudah kita nyatakan bantahan kerana kita sebahagian kerajaan.
"Bantahan secara dalaman, direct kepada kementerian berkaitan.
"Yang penting kalau benar apa yang disebut, kita sebagai Pas, kita bantah dan kita ada wawasan induk," kata Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau mengulas kecaman di media sosial terhadap parti itu yang dilihat berdiam diri selepas kerajaan didakwa mempertingkatkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada lapan kali tahun lepas kepada 22 kali tahun ini.
Kata Ahmad Marzuk Shaary, tidak timbul isu Pas membisu.
Sebaliknya pihak mereka masih menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan berhubung lesen dan kebenaran cabutan ramalan itu.
Muhafandi Muhamad
Sat Jan 02 2021
AHMAD MARZUK: Sebagai kerajaan, kita tetap nyatakan bantahan. Cuma berbeza bila kita kerajaan, lagi mudah kita nyatakan bantahan kerana kita sebahagian kerajaan. -Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
'Bantahan secara dalaman, terus ke Kementerian' - Pas nafi berlembut isu lesen arak, judi
Ahmad Marzuk Shaary menegaskan selaku parti dalam kerajaan, bantahan akan dikemukakan ikut saluran yang betul.