SHAH ALAM: Selalunya rakan sekuliah adalah mereka yang seusia atau mempunyai jurang umur yang dekat, namun berbeza bagi Siti Zulaika Mohamad Sakroji, 20, apabila berpeluang berada sekelas dengan ayahnya sendiri, Mohamad Sakroji Abbas, 61.
Kedua-dua anak beranak tersebut mengambil kursus Sijil Videografi dan Kesan Visual bersama-sama di GiatMara Kota Raja, di sini.
Mohamad Sakroji turut berkongsi kisah awal tercetusnya idea untuk mendaftarkan dirinya bersama anak perempuannya itu pada tahun 2019 di institusi tersebut.
"Mulanya saya nak hantar anak saya untuk mengambil kursus ini.
"Entah macam mana saya pun berminat dengan jurusan tersebut, jadi saya bertanya dengan pihak pejabat GiatMara, bolehkah umur macam saya ini memohon untuk jadi pelatih juga.
"Setelah mereka memaklumkan tiada halangan untuk berbuat demikian, itu yang saya masuk sekali," katanya ketika sidang akbar sempena Majlis Graduasi GiatMara Selangor di Management and Science University (MSU) di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mohamad Sakroji yang tinggal di Taman Putra Perdana, Puchong itu turut mempunyai akaun YouTube sendiri untuk memuat naik video berkaitan kuliah agama.
Katanya, buat masa sekarang, pesara tersebut bekerja sendiri, malah ada ketikanya turut membuat kerja sambilan menjadi juruvideo di majlis perkahwinan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar kerana banyak mengajar saya yang sudah berumur ini.
"Proses pembelajaran itu agak memakan masa tapi dengan adanya pelajar yang berusia muda, mereka bantu saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti Zulaika memaklumkan ingin melanjutkan pengajian dalam bidang animasi selepas tamat pengajiannya di GiatMara.
Bagaimanapun, dia mempertimbangkan berbuat demikian selepas memohon keizinan daripada ayahnya terlebih dahulu.
"Saya memang terfikir untuk sambung belajar, tapi perlu minta izin kepada ayah dulu," katanya.
Seramai 834 graduan dari GiatMara Malaysia di Selangor berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing di sini pada Sabtu.
Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Datuk Azman Azman Jaafar berkata, seramai 2,380 pelatih berjaya menamatkan latihan dan menerima Sijil Profesional GiatMara di Selangor bagi tahun 2019, 2020 dan 2021. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 09 2022
Mohamad Sakroji (kanan) bersama anaknya, Siti Zulaika pada Majlis Graduasi GiatMara Selangor di MSU, Shah Alam pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
'Bapaku, rakan sekelasku jua'
Kedua-dua anak beranak tersebut mengambil kursus Sijil Videografi dan Kesan Visual bersama-sama di GiatMara Kota Raja.