KEPALA BATAS: Hanya sempat menjalankan aktiviti pengedaran dadah selama dua bulan, seorang penganggur dicekup polis dalam satu serbuan di Kepala Batas pada Selasa.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, polis turut menemui 4.5 kilogram dadah jenis heroin di bahagian but kereta jenis Proton Wira yang dinaiki suspek.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dadah tersebut ditemui dibungkus di dalam sepuluh plastik lutsinar yang kemudiannya diletakkan di dalam satu bungkusan plastik kurier bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Katanya, suspek berusia 30 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) dan Pulau Pinang.
Ketika ditahan, suspek dipercayai sedang dalam proses menghantar bekalan dadah tersebut yang dianggarkan bernilai kira-kira RM60,300.
"Suspek dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dadah di kawasan SPU dan Pulau Pinang. Kita percaya suspek mula menjalankan aktiviti ini sejak dua bulan yang lalu.
"Walau bagaimanapun, hasil daripada risikan dan maklumat, kita berjaya menangkapnya dan percaya bahawa polis dapat menyekat kegiatan pengedaran yang dilakukan oleh suspek sebelum dia dapat mengedar dadah ini kepada individu lain," ujar Noorzainy.
Suspek yang tiada rekod jenayah lampau berkaitan dadah dipercayai baru berjinak-jinak dalam kegiatan tersebut.
Noorzainy berkata, polis kini sedang mengesan saki-baki ahli sindiket atau rakan-rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU di Kepala Batas pada Jumaat.
Beliau berkata, suspek direman selama enam hari sehingga Isnin depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Oct 01 2021
Noorzainy (tengah) dan pegawainya menunjukkan antara hasil rampasan dadah yang diperoleh daripada suspek. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Baru berjinak-jinak dalam aktiviti edar dadah, penganggur dicekup polis
Suspek yang tiada rekod jenayah lampau berkaitan dadah dipercayai baru berjinak-jinak dalam kegiatan tersebut.