PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 23 Feb tahun depan bagi memutuskan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemula beliau berkaitan sabitan kes liwat membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Anwar iaitu Datuk Seri Gopal Sri Ram serta Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bagi pihak kerajaan dan peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sebagai pencelah dalam prosiding yang berlangsung secara maya.
Anwar mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Nov 2017 yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula beliau selepas memutuskan kes itu sebagai tidak mempunyai asas dan sebarang bukti untuk menyokongnya.
Saman pemula Anwar, yang difailkan pada 9 Jun 2017 terhadap kerajaan Malaysia, mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan adil dalam prosiding rayuannya berhubung sabitan kes liwat.
Ahli Parlimen Port Dickson itu memohon satu deklarasi bahawa sabitannya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires atau di luar kuasa Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.
Beliau juga memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan juga adalah ultra vires dan oleh itu, terbatal serta tidak sah.
Afidavit Anwar mendakwa Muhammad Shafee menerima RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berhubung sabitan kes liwat beliau.
Sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Bagaimanapun, Anwar telah diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.
Terdahulu, Sri Ram berhujah kes itu sepatutnya dikembalikan ke Mahkamah Tinggi supaya kebenaran mengenai isu pembayaran RM9.5 juta yang kononnya dibuat kepada Muhammad Shafee bagi mengendalikan pendakwaan dalam rayuan kes liwat Anwar dapat diuji.
"Kami berhujah bahawa peluang perlu diberikan kepada kami untuk menguji kesahihan pembayaran ini," katanya sambil menambah Muhammad Shafee perlu disoal balas berhubung isu RM9.5 juta itu.
Sri Ram berhujah perayu (Anwar) tidak mendapat perbicaraan yang adil susulan kegagalan Muhammad Shafee mendedahkan pembayaran itu.
"Pembayaran itu dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes liwat Anwar," katanya.
Suzana pula berhujah Anwar telah mendapat perbicaraan yang adil di Mahkamah Tinggi apabila beliau dibebaskan daripada pertuduhan.
"Berdasarkan keterangan yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan telah menangguhkan dapatan Mahkamah Tinggi yang membawa kepada sabitan jenayah itu.
"Sabitan jenayah ini telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, permohonan ini yang bertujuan untuk membatalkan sabitan jenayah tersebut, adalah tindakan sampingan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan dan mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021
Mahkamah Rayuan menetapkan 23 Feb tahun depan bagi memutuskan rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman pemula beliau berkaitan sabitan kes liwat membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Analisis FBM KLCI: Prestasi dan Jangkaan untuk Suku Kedua 2024
Imran Yassin Md Yusof, Ketua di MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi pasaran saham untuk suku pertama tahun 2024 dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Beliau menghuraikan sektor-sektor yang menunjukkan prestasi cemerlang serta sektor-sektor yang mengalami penurunan pada suku pertama ini. Imran juga memberikan jangkaan dan ramalan MIDF Research mengenai prestasi pasaran saham dan ekonomi untuk suku kedua dan seterusnya.
Data & Statistik: Prestasi ringgit setakat 29 Mac 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penggiat pasaran dilihat mengelak daripada ketidaktentuan menjelang pengumuman data PCE, dengan mata wang tempatan dan mata wang serantau lain pada umumnya lemah berbanding dolar AS.
Kandungan mudarat di media sosial meningkat ketara - SKMM
Kandungan memudaratkan itu termasuklah ucapan berbaur kebencian, scam, penjualan haram, perjudian dan berita palsu.
Data & statistik: Indeks harga pengeluar Malaysia meningkat 0.3% daripada -0.6%
Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas.
Cukai ditangguh, MOF belum bentang RUU
Di sebalik keinginan masyarakat perniagaan untuk mendapatkan butiran mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT), Kementerian Kewangan (MOF) tidak memperkenalkan rang undang-undang HVGT dalam sidang Parlimen semasa seperti yang dirancang pada asalnya.
Kisah Ramadan Tengku Zafrul: ‘Ride’ tengah malam dan moreh di Kampung Baru
Kesibukan sebagai menteri tidak halang Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu luang masa dengan rakan-rakannya.
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Satu lagi pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Mokhtar, isteri pada 26 April
Mahkamah Rayuan menetapkan 26 April depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya daripada tiga pertuduhan rasuah.
Kes VLN: Tarikh akhir rayuan pembebasan Zahid Hamidi 9 September
Tarikh 9 September ditetapkan sebagai tarikh untuk rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Penarafan kredit tidak tepat: Ini penjelasan CTOS
Berikut penjelasan CTOS Digital Bhd berkait tanggungjawab serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad
Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.
Mahkamah kekalkan hukuman penjara 18 bulan, satu sebatan terhadap bekas pekerja ladang
Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 18 bulan dan satu sebatan terhadap bekas pekerja ladang kelapa sawit yang didapati bersalah menipu sebuah syarikat insurans untuk membayar tuntutan