KUALA LUMPUR: Pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan diskaun yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 Nov ini boleh dibuat menerusi beberapa saluran disediakan.
PTPTN menerusi kenyataan hari ini menyatakan bahawa peminjam yang ingin membuat pembayaran melalui potongan gaji atau debit terus perlu membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/ untuk pemotongan gaji, manakala https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html untuk debit terus.
"Insentif diskaun akan dikemaskini dalam akaun pinjaman peminjam pada akhir setiap bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai tujuh haribulan pada bulan berikutnya," menurut kenyataan itu.
Selain itu, peminjam yang mahu membuat penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran balik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran perlu mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN mulai 1 November.
BACA: Bajet 2022: Nak bayar balik PTPTN? Diskaun sehingga 30 April 2022
BACA: Bajet 2022: PTPTN buat perancangan segera laksana skim diskaun - Wan Saiful
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 Nov hingga 30 April 2022 dalam pembentangan Bajet 2022.
Ia meliputi diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran serta diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
Pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan diskaun yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 Nov ini boleh dibuat menerusi beberapa saluran disediakan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta
Kempen tahunan yang dianjurkan oleh PTPTN kali ini tampil dengan hadiah yang lebih lumayan dengan beberapa kategori dan siri cabutan menanti 983 pemenang.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022
PTPTN menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.
PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan
PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.