KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan di sebuah wakaf di tepi jalan raya di Kampung Tayor, dekat Sungai Tong di sini, tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin berkata bayi tersebut ditemui oleh dua orang pemuda yang sedang memberhentikan kereta untuk menyejukkan enjin di tepi jalan, pada pukul 12.45 tengah malam.
"Sewaktu berhenti di lokasi kejadian, saksi telah terdengar suara tangisan yang pada awalnya disangka suara kucing namun setelah dilihat secara dekat ia adalah bayi dan mereka terus melarikan diri kerana ketakutan dan menyangkakan diganggu makhlus halus," katanya ketika dihubungi.
Afandi berkata pada pukul 6 pagi Selasa dua pemuda tersebut kembali semula ke lokasi kejadian dan mendapati bayi itu masih berada di situ.
Katanya bayi tersebut ditemukan dengan hanya beralaskan kain tudung dan mereka terus membawanya ke rumah anggota keluarga rakan mereka sebelum melaporkan kepada polis.
Bayi yang ditemukan di lokasi lebih kurang satu kilometer dari kawasan penempatan penduduk itu didapati berada dalam keadaan kesejukan, mempunyai kesan darah dan masih bertali pusat, katanya.
Katanya bayi seberat tiga kilogram itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh beberapa jam sebelum ditemukan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bayi tersebut telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan susulan," katanya sambil memaklumkan kes disiasat Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
Bayi yang ditemui dua pemuda itu didapati berada dalam keadaan kesejukan, mempunyai kesan darah dan masih bertali pusat. - fotoBERNAMA
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
Bayi perempuan ditemukan di wakaf tepi jalan
Bayi tersebut ditemui oleh dua orang pemuda yang sedang memberhentikan kereta untuk menyejukkan enjin di tepi jalan.