GEORGE TOWN: Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat untuk acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride pada 8 Jan (Ahad) ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee berkata jarak kayuhan basikal untuk program itu adalah sejauh 66 kilometer dan jalan-jalan yang terlibat akan ditutup bermula 6.30 pagi hingga 1 tengah hari.
"Acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride anjuran kerajaan negeri bersama Kelab Berbasikal G Club dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melibatkan tempat pelepasan serta tempat penamatan di Persiaran Bayan Indah 2 (berhadapan Queens Waterfront)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Soon berkata memandangkan acara kayuhan berbasikal akan melibatkan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, laluan sehala akan ditutup dengan sepenuhnya pada masa yang tertentu sahaja untuk memberi laluan kepada peserta kayuhan.
"Bagi Jambatan Pulau Pinang iaitu dari arah bahagian Pulau ke Seberang Perai sahaja waktu penutupan adalah dari 6.30 pagi hingga 9 pagi manakala bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari arah Batu Kawan ke Batu Maung sahaja waktu penutupan adalah dari 9 pagi hingga 12 tengah hari," katanya.
Beliau berkata Penang Fellowship Ride telah menarik 2,500 penyertaan termasuk peserta dari Singapura, Australia dan Jepun serta Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak juga akan mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal itu.
"Para peserta diingatkan untuk memakai jersi rasmi yang dibekalkan oleh pihak penganjur kerana hanya peserta yang memakai jersi rasmi sahaja dapat mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal ini dan merentasi Jambatan Pulau Pinang serta Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023
Jambatan Pulau Pinang antara laluan yang bakal ditutup sementara secara berperingkat untuk acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride pada 8 Jan. - Gambar fail/Bernama
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini
Penutupan bermula 10 malam Sabtu hingga 9 pagi Ahad itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai.
Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.
Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar
Pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut.
Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang
Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth semalam adalah ibu saudara kepada lelaki yang menetaknya.
Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.
Jalan di Pulau Pinang ditutup dan dilencongkan sempena maraton Ahad ini
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata acara larian itu akan melalui kawasan Persiaran Bayan Indah, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, sepanjang laluan Jambatan Pulau Pinang dan Perai.
Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara pada Ahad untuk larian maraton
Jambatan itu akan dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula 10 pagi pada hari yang sama selepas acara larian tamat.
Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.