UMNO sedang memantau tujuh pemimpin parti itu sebelum dirujuk kepada lembaga disiplin susulan kenyataan dan tindakan yang didakwa merugikan UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimana pun tidak mendedahkan nama tujuh pemimpin Melayu yang terlibat.
"Terdapat tujuh pemimpin yang sedang dipantau. Kadang-kala cerita yang kita dengar berbeza daripada apa yang disebut," kata Tengku Adnan dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Baru-baru ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berdepan tekanan hebat serta menerima surat tunjuk sebab kerana menghadiri sidang meja bulat pembentukan blok pembangkang, Pakatan Harapan pada 22 September lalu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kritikan berterusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Adnan berharap media menghentikan sifat melaga-lagakan pemimpin.
"Hari ini pun saya dengar laman web dia (Dr Mahathir) telah mula 'attack' saya , tidak apalah. Saya lakukan kerja saya sebagai Setiausaha Agung, akhirnya kita akan tahu mana baik dan mana yang buruk.
"jangan kita nak lagakan, sudah-sudahlah," ujar Tengku Adnan.
BACA: Saifuddin mungkin langgar perlembagaan UMNO - Khairy
Ashwad Ismail
Mon Oct 05 2015
Siapa tujuh pemimpin Melayu yang terlibat itu tidak didedahkan oleh Tengku Adnan. - Gambar Fail
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
RCI Batu Puteh: Ini pengkhianatan besar terhadap negara - PM Anwar
Pendedahan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan menunjukkan wujudnya pengkhianatan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir
Pemergian Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia telah mencetuskan perbualan hangat di seluruh negara terutamanya berhubung pembangunan ekonomi negara.