SERDANG: Isu bekalan ayam dijangka selesai dalam tempoh sebulan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS) Datuk Dr Norlizan Mohd Noor, yang juga menjangkakan bekalan ayam mencukupi sempena sambutan Aidiladha bulan hadapan.
Beliau berkata ia susulan intervensi dan sesi libat urus rentas agensi yang turut melibatkan pemain industri bagi mengetahui permasalahan utama berkaitan bekalan ayam.
"Kita dapat komitmen iaitu mereka komited untuk tingkatkan pengeluaran. Kita dalam proses pemulihan," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Veterinar Sedunia peringkat kebangsaan 2022 di sini, hari ini.
Beliau berkata terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan bekalan ayam berkurangan dalam negara dalam tempoh dua minggu lepas, antaranya faktor perubahan cuaca, penyakit sampar ayam atau 'Newcastle Disease' (ND) serta proses vaksinasi ayam yang tidak mengikut jadual sepatutnya.
"Kekurangan pekerja dan penggunaan sistem reban ayam terbuka juga antara faktor penyumbang kepada kekurangan bekalan ayam," katanya.
Menurut Norlizan, hampir 80 peratus penternak ayam dalam negara menggunakan sistem reban ayam terbuka, yang antara lain terdedah kepada pencemaran bau dan lalat, dan hanya segelintir menggunakan sistem reban ayam tertutup dengan penggunaan teknologi optimum.
Bagi perolehan sumber import ayam, Norlizan berkata DVS dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah bergerak ke beberapa negara, bagi tujuan pengauditan rumah sembelih.
"Jika mereka memenuhi syarat yang ditetapkan, negara akan mendapat sumber ayam yang lebih banyak pada harga kompetitif bagi keperluan pengguna," katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Haslina Abdul Hamid turut mengesahkan, isu bekalan ayam kurang di beberapa lokaliti yang dilaporkan sebelum ini, beransur pulih.
"Perkara ini (bekalan ayam) adalah sementara. Kerajaan mencuba sedaya upaya bagi memastikan bekalan ayam tiada kekurangan bekalan," katanya.
Terdahulu, Haslina ketika berucap pada majlis perasmian sambutan itu berkata MAFI menerusi DVS, menyusun pelbagai strategi bagi menjaga kebajikan haiwan termasuk dalam membendung penyakit yang menyerang ternakan dan memastikan bekalan makanan daripada hasilan haiwan sentiasa mencukupi.
Kerajaan juga, katanya bersetuju mewujudkan Lembaga Ruminan Negara yang berperanan memastikan industri ruminan sentiasa berdaya saing, dan dapat menampung permintaan bekalan daging, susu, dan produk tenusu dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Antara faktor kekurangan bekalan ayam adalah perubahan cuaca, penyakit sampar ayam atau 'Newcastle Disease' (ND) serta proses vaksinasi ayam yang tidak mengikut jadual sepatutnya. - Gambar fail/REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan dari Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Bekalan ayam mencukupi sempena Aidiladha
Isu bekalan ayam dijangka selesai dalam tempoh sebulan dan mencukupi sempena sambutan Aidiladha bulan hadapan.