KUALA LUMPUR: Bekalan beras putih tempatan dijangka meningkat sebanyak 450,000 tan metrik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, berkata sasaran itu susulan musim penuaian di negeri Kedah yang akan meningkatkan pengeluaran dan penghasilan beras putih tempatan.
Selain itu, katanya, kementerian itu juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan, antaranya, sawah berskala besar dan turut memperkenalkan empat langkah intervensi mengawal selia bekalan beras dan padi di negara ini.
Menurutnya, antara empat langkah itu ialah mengadakan rundingan bersama 157 kilang komersial dengan menyerahkan 20 peratus pengeluaran padi kepada kerajaan supaya dapat diurus dan diedarkan oleh kerajaan.
"Cara pengedaran kita gunakan syarikat pemborong besar, kita buat padanan dengan hypermarket (pasar raya besar) dan kita telah membuat sesi libat urus dengan hypermarket untuk menentukan harga berapa mereka boleh jual.
"Bagi di luar hypermarket, kami melantik 103 pemborong untuk mereka mengunakan jenama sendiri dan mengedarkan di kawasan berdekatan seperti di luar bandar dan sebagainya," katanya semasa menjadi tetamu dalam program Reaksi bertajuk "Status Semasa Beras Negara" terbitan Bernama Radio, hari ini.
Azman berkata KPKM juga mengunakan platform agensinya seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang mempunyai 1,400 cawangan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan lebih kurang 35 cawangan seluruh negara untuk mengedar beras tempatan kepada rakyat.
"Kita juga mengadakan sesi libat urus dengan persatuan peniaga kerana kebanyakan mereka memborong beras tempatan kerana kos rendah.
"Jadi kita beri pilihann mungkin boleh guna beras import dengan menawarkan harga yang berpatutan bagi beras putih import supaya mereka tidak bersaing dengan rakyat untuk membeli beras tempatan dan kebanyakan mereka bersetuju," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga melancarkan Operasi Beras Putih Tempatan (OP PBT) untuk mengawal beras di peringkat runcit dan borong, selain bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDNHEP) berhubung perkara itu.
Semalam, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu, berkata stok bekalan beras negara mencukupi untuk menampung keperluan domestik bagi tempoh empat hingga lima bulan ini dan belum ada keperluan kecemasan untuk menggunakan stok penimbal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Bekalan beras putih tempatan dijangka meningkat sebanyak 450,000 tan metrik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kekal portfolio Kabinet, stok bekalan beras tempatan fokus utama Mohamad Sabu
Masalah kekurangan bekalan beras pada masa ini bukanlah disebabkan kerajaan terdahulu tetapi disebabkan harga beras import murah.
Masa tuaian tidak serentak menyumbang kepada gangguan bekalan - Pengarah ITAFoS
Masa menuai di jelapang-jelapang padi dalam negara yang tidak serentak menyumbang kepada gangguan bekalan beras.
Muhyiddin gesa kerajaan kemuka pelan komprehensif atasi isu bekalan beras
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesa kerajaan agar mengemukakan suatu pelan komprehensif dalam mengatasi masalah bekalan beras tempatan.
Bekalan beras tempatan dijangka meningkat 450,000 tan metrik akhir tahun
Bekalan beras putih tempatan dijangka meningkat sebanyak 450,000 tan metrik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).