KUALA LUMPUR: Nasib pesara tentera yang dikatakan tinggal di dalam sebuah kereta sejak kira-kira 20 tahun lalu, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri yang diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad melawat bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia Mohd Redzuan Abdullah, 60, di belakang bangunan kedai serbaneka di Taman Sungai Besi di sini, hari ini.
Prihatin dengan nasib Mohd Redzuan atau dikenali sebagai Pak Wan, Syed Mohd Fazmi berkata sebuah rumah transit akan diberikan dalam masa terdekat, hasil kerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan.
"Kita akan bantu meringankan beban Pak Wan untuk pindah ke kawasan dan penginapan yang lebih selesa. Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera juga hadir untuk membantu dalam proses pendaftaran, supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan kepada Pak Wan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat bekas tentera itu yang turut disertai Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, dan wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.
Pak Wan yang berasal dari Perak dan berkhidmat selama 17 tahun dalam ATM, bersyukur apabila menerima bantuan daripada kerajaan.
"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan semua yang membantu memberikan rumah serta prihatin dengan nasib saya," katanya.
Pesara tentera yang pernah berkhidmat di unit semboyan itu berkata, dia menyara kehidupannya dengan membaiki kenderaan di kawasan sekitar Sungai Besi, dan kereta Volvo yang menjadi 'kediamannya' selama 20 tahun itu diberikan pelanggannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022
Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad (kanan) melawat Mohd Redzuan Abdullah, 60, (kiri) yang tinggal di dalam kereta selama 20 tahun di Sungai Besi. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.