PUTRAJAYA: Tiga individu termasuk seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank direman lima hari bermula Selasa kerana disyaki menerima rasuah lebih RM24 juta.
Mereka yang yang dikenakan perintah reman itu adalah seorang wanita berusia 50an yang merupakan bekas CEO, lelaki berusia 58 tahun yang tidak bekerja dan perunding kewangan yang berusia 53 tahun.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.
Sebelum ini media melaporkan, ketiga-tiga individu itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 6 petang, Isnin ketika hadir memberi keterangan.
Penahanan itu dibuat selepas mereka disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman dibuat oleh sebuah syarikat tempatan berjumlah lebih RM294 juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Umavathi Ramayah
Tue Jul 19 2022
Menurut sumber, ketiga-tiga individu itu ditahan di SPRM Putrajaya kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan. - Foto SPRM
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
CEO persatuan bola sepak antara empat individu direman bantu siasatan kes rasuah lebih RM6 juta
Empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di utara tanah air ditahan reman selama tiga hari.
Bekas CEO wanita, 2 lagi direman, disyaki terima rasuah RM24 juta
Tiga individu termasuk bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan SPRM.