SHAH ALAM: Seorang bekas eksekutif (Pembinaan) Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 41 pertuduhan rasuah dan lima pengubahan wang haram berjumlah RM9.65 juta berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.
Mohd Amal M. Razalan, 36, bapa kepada dua anak itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-41, tertuduh didakwa menerima kesemua suapan tersebut berjumlah RM9.4 juta daripada empat individu iaitu Ketua Pegawai Operasi Synergy Spectular Sdn Bhd, Mohd Hakimin Mohd Zubir; Pengarah Faltech Engineering Sdn Bhd, Faisol Mustapha Idris; Pengarah Majestika Sdn Bhd, Mustaza Zawawi dan Pengurus Projek SAP Sdn Bhd, Robert Khoo melalui cek serta pindahan dalam talian dari akaun Maybank Berhad milik beberapa syarikat menerusi MGV Energy Sdn Bhd.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 28 (1) (c) dan boleh dihukum dengan Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mohd Amal juga didakwa atas lima pertuduhan menerima RM252,042.92 melalui beberapa akaun bank miliknya dan satu akaun Kad Kredit Korporat Maybank Berhad milik MGV Energy daripada akaun Maybank Berhad milik MGV Energy, yang kesemua wang berkenaan merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di beberapa cawangan Maybank dan Hong Leong Bank di Shah Alam, Petaling Jaya serta Puchong, dekat sini antara 29 Ogos 2018 dan 18 Mac 2022.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon jaminan RM200,000 hingga RM300,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
"Apa bentuk jaminan yang dikenakan seharusnya mencerminkan tahap keseriusan kesalahan dan jumlah jaminan yang ditawarkan itu adalah munasabah," katanya.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mohd Amal memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya telah dikenakan jaminan RM180,000 pada 4 Jan lepas di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi lebih 40 pertuduhan.
"Saya mohon mahkamah mengambil kira semua aset anak guam saya telah dibekukan, penjamin perlu mencari sumber untuk membayar jaminan.
"Anak guam saya juga adalah penanggung utama keluarga, dia menanggung isteri, dua anak dan adik-beradiknya selain bapanya kini menghidap penyakit lumpuh kekal," katanya.
Menurutnya, tertuduh juga telah ditamatkan perkhidmatan dengan Petronas sejak Mei tahun lepas selain memberi kerjasama baik dengan pihak SPRM sepanjang siasatan dijalankan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 berserta seorang penjamin dengan RM70,000 dibayar hari ini dan selebihnya sebelum tarikh sebutan semula kes pada 30 Jan ini.
Pada 4 Jan lepas, lelaki itu didakwa atas 37 pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah lebih RM6 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Mohd Amal M. Razalan, 36, bapa kepada dua anak itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. - Gambar hiasan
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Bekas eksekutif Petronas didakwa lagi tuduhan rasuah, AMLA RM9.65 juta
Mohd Amal M. Razalan mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.