Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam satu majlis Sembang Santai di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, malam tadi.
Borang tersebut diserahkan kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya sambil disaksikan Ketua Srikandi Bersatu Melaka, Azalina Abdul Rahman dan juga beberapa pemimpin lain.
Menurut Azalina, beliau dimaklumkan oleh Mohd Adib, tujuannya menyertai Bersatu bukannya untuk kembali bergiat aktif dalam politik tetapi atas dasar sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang rakan baik.
"Seperti yang ramai sedia maklum, Jasin terdapat ramai orang lama dalam politik Umno, justeru, niatnya adalah untuk memberi kesedaran dan mengajak mereka supaya menyertai Bersatu sekaligus untuk memperkukuhkan Bersatu Bahagian Jasin," katanya.
Berusia 77 tahun, Mohd Adib adalah seorang ahli korporat dan tokoh politik berpengalaman.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kelima dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982.
Malah, Mohd Adib juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.
Pada majlis itu, Azalina turut menyerahkan sebanyak 580 borang keahlian Bersatu bagi bahagian Jasin menerusi permohonan yang diterima mulai awal Jun sehingga Ogos lalu.
Sinar Harian
Sun Sep 16 2018
Mohd Adib (berbaju batik) menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Tidak sampai dua tahun jadi ahli, Saiful Bukhari umum keluar Bersatu
Saiful Bukhari Azlan tinggalkan parti Bersatu atas sebab-sebab peribadi.
Bekas Ketua Menteri Melaka sertai Bersatu
Tujuannya menyertai Bersatu bukannya untuk kembali bergiat aktif dalam politik tetapi atas dasar sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang rakan baik.