KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Mohd Sheriff mencadangkan kadar GST yang baharu diturunkan kepada 3.0 atau 4.0 peratus berbanding 6.0 peratus apabila cukai itu dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak lama selepas ia mengambil alih pentadbiran pada Mei 2018.
"GST pada kadar 3.0 atau 4.0 peratus dapat memberikan pendapatan yang sama jika tidak melebihi daripada kadar 6.0 peratus yang ditetapkan sebelum ini dengan mengehadkan senarai pengecualian kepada minimum.
"Semakin banyak pengecualian, semakin rumit pelaksanaannya terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kepada pengumuman oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Rabu bahawa selain memperkenalkan semula GST, kerajaan turut meneliti cukai baharu yang bersesuaian yang hanya akan dilaksanakan apabila ekonomi pulih daripada impak pandemik COVID-19.
Menyifatkan dirinya sebagai penyokong GST, Mohd Sheriff, yang juga bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, berkata GST sebelum ini adalah rumit berikutan ia sukar untuk PKS dan perniagaan mikro mentafsirkan kod Klasifikasi Piawaian Perdagangan Antarabangsa (SITC) apabila mereka memohon bayaran balik GST yang dibayar ke atas input yang digunakan dalam mengeluarkan atau memproses barangan sebelum jualan akhir dalam rantaian nilai.
"Ia mengambil masa yang sangat lama untuk mendapat bayaran balik. Terdapat begitu banyak aduan. Ahli-ahli perniagaan menyalahkan Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan Kastam, seterusnya, menyalahkan syarikat kerana mengisi maklumat yang salah dalam borang tuntutan bayaran balik," katanya.
Cukai dengan nilai tambah itu dikenakan berkuat kuasa 1 April, 2015, amat tidak popular dan gabungan PH dalam manifestonya untuk pilihan raya umum 2018 telah berjanji akan memansuhkannya dan dilakukannya hanya selepas dua minggu kerajaan PH dibentuk.
Mohd Sheriff berkata apa yang berlaku selepas GST dilaksanakan pada tahun 2015 ialah perniagaan yang dijalankan oleh keluarga yang tidak mampu menggunakan khidmat firma perakaunan profesional atau pemilik perniagaan yang 'old-fashioned' dan tidak celik komputer untuk menyimpan akaun, mendapati keseluruhan sistem adalah terlalu rumit.
"Ahli politik mengeksploitasi aduan mereka yang mendakwa GST adalah kejam dan tidak wajar apabila 128 negara di seluruh dunia mempunyai GST," katanya.
Langkah untuk memperkenalkan semula GST adalah wajar berikutan pendapatan kerajaan perlu berkembang dengan kukuh bagi membolehkannya memberikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, terutamanya dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan sosial.
"Malaysia seperti negara kebajikan dengan perkhidmatan awam percuma dan murah. Ini hanya dapat dilaksanakan dengan asas pendapatan yang kukuh. Oleh itu, sistem cukai pendapatan juga perlu diperkukuhkan dengan meminimumkan ketirisan dan pengelakan, terutamanya daripada perniagaan sendiri dan pengusaha gerai," kata Mohd Sheriff.
Maklumat yang diperoleh oleh Kastam daripada kertas kerja GST mengenai tuntutan bayaran balik boleh dikongsi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menangkap mereka yang menipu mengenai pendapatan mereka.
"Tiada yang percuma. Jika pendapatan rendah, kerajaan perlu meminjam lebih dan lebih dan caj faedah ke atas hutang jadi lebih besar dan lebih besar, sukar untuk memastikan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan lancar dan cekap.
"Golongan miskin akan lebih terjejas berbanding mereka yang lain dalam melaksanakan GST. Kadar perlu bermula rendah dan naik secara berperingkat dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020
Mohd Sheriff mencadangkan kadar GST yang baharu diturunkan kepada 3.0 atau 4.0 peratus berbanding 6.0 peratus apabila cukai itu dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). - Gambar faik
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
'Saya tak terlibat proses lulus projek UMS dengan Asli Jati, ULink Property' - Irwan Serigar
Mohd Irwan Serigar turut mengesahkan beliau menandatangani dua memorandum pertimbangan kepada Menteri Kewangan berkenaan permohonan kelulusan bagi projek itu.
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan sambut baik langkah perkenal semula GST
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Isu tuntutan GST: Bekas KSU Perbendaharaan buat laporan SPRM
Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membuat laporan SPRM berhubung isu bayaran balik cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM18 bilion yang didakwa dirompak.