KUALA LUMPUR : Bekas penembak negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 1984, Datuk Sabiamad Abdul Ahad meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 11 malam tadi di Hospital Serdang.

Menurut anaknya, Baizura Sabi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal.

"Jenazah akan diuruskan di Surau Al Mujahidin Surada dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal.

"Jika ada urusan yang masih belum selesai atau hutang, boleh berhubung dengan kami segera," katanya dalam satu status di akaun Facebook.

 
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=4121865571197702&id=100001228995974"><


Allahyarham Sabiamad, 65, dilaporkan pernah menjalani pembedahan akibat komplikasi jantung.

Allahyarham aktif membantu sukan menembak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan selain pernah menjadi Ahli Lembaga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Sabiamad pernah diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang di Olimpik '84 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS).