KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powel dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi COVD-19, menurut ahli keluarganya. 

Mendiang berusia 84 tahun.

"Kita kehilangan seorang suami, bapa, datuk dan warga Amerika yang penyayang dan luar biasa," kata ahli keluarganya dalam satu kenyataan di media sosial, memetik laporan portal AFP. 

Kenyataan keluarganya itu juga turut menyebut, Powell telah menerima vaksinasi lengkap.

Powell berkhidmat di bawah pemerintahan George W.Bush dan memainkan peranan penting dalam Perang Gulf pada tahun 1991.