KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 baru-baru yang menyaksikan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan mendapat peningkatan peruntukan hampir RM200 juta, turut tidak terkecuali membuatkan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), agensi di bawah kementerian itu, 'tersenyum lebar'.
Manakan tidak, JBPM, yang menerima Anugerah Kategori Emas Tertinggi dalam majlis Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022, menjadi antara agensi yang mendapat 'lonjakan' peruntukan melalui peruntukan sebanyak RM206.64 juta bagi memperkasakan perkhidmatan bomba.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata peningkatan 32 peratus peruntukan itu berbanding tahun sebelumnya, cukup menggambarkan Kerajaan Perpaduan yang sangat menghargai 'wira merah' itu, yang jasanya dalam membantu menyelamat orang ramai sering disanjung dan dikenang.
Jumlah berkenaan, kata Nga turut meliputi peruntukan RM46.51 juta bagi perolehan peralatan dan kelengkapan untuk meningkatkan kecekapan dan tahap kesiapsiagaan JBPM, peningkatan hampir lima kali ganda berbanding pada 2022.
"Ini termasuklah peruntukan membeli 12 ekor anjing unit pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat dalam bencana," kata Nga dalam temu bual dengan Bernama.
Bukan itu sahaja, beliau berkata JBPM turut menerima peruntukan RM129.93 juta bagi pembinaan bangunan JBPM baharu di seluruh Malaysia dan menaik taraf bilik siap siaga di balai bomba sedia ada, termasuk penyelenggaraan bangunan dan jentera bomba.
"Tahun ini sahaja 15 buah balai bomba dijangka akan siap dibina menjelang hujung tahun ini. Setakat tujuh buah sudah disiapkan, lapan sedang dalam pembinaan. Tahun ini pun akan siap sepenuhnya (balai bomba) termasuk di Manjalara, Kepong, Tambun, Rembau dan lain-lain," katanya.
Menerusi Belanjawan 2023, kementerian itu menerima peruntukan keseluruhan RM5.333 bilion pada tahun 2023 berbanding RM5.146 bilion (2022) iaitu peningkatan sebanyak 3.63 peratus bersamaan RM186.9 juta.
Nga berkata inisiatif lain dalam Belanjawan 2023 yang dilihat terus memberi tumpuan kepada agenda daya huni di negara ini ialah peruntukan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bagi memperkasa peranan komuniti sebagai kumpulan awal ketika bencana.
Selain itu ia turut melibatkan pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama dengan pengecualian sepenuhnya duti setem bagi rumah bernilai 500 ribu ke bawah dan pengecualian duti setem 75 peratus bagi rumah bernilai lebih RM500 ribu hingga RM1 juta.
Beliau berkata lebih 2,000 persatuan penduduk juga bakal mendapat manfaat menerusi peruntukan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bagi memperkasa peranan komuniti sebagai kumpulan awal ketika bencana.
Nga berkata pengumuman dalam Belanjawan 2023 jelas menunjukkan bahawa kerajaan serius untuk meletakkan semula Malaysia di landasan yang betul dan bukti keprihatinan kerajaan terhadap cabaran yang dihadapi rakyat dalam membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Nga ketika memeriksa Kawalan Kehormat ketika Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling, Kuala Lumpur, 28 Feb 2023. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Pelanggaran pada struktur titik kritikal mungkin sebabkan nahas helikopter - Pakar
Titik kritikal sesebuah pesawat yang terjejas akan akibatkan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabkan ia kehilangan aerodinamik.
AWANI Tonight: Is global net zero target in jeopardy?
The Energy Industries Council (EIC) highlights the widening gap between the industry's current reality and the ambitious global net zero targets set by policymakers to be achieved by 2050 as well as what it takes to fulfil the commitment.
Nahas helikopter Lumut: Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Kenangan bersama ibu mereka, Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar, 39, tidak akan pernah luput dari ingatan.
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Malaysia tawar diri Presiden Persidangan UN-Habitat bagi penggal 2026-2029
Nga berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Polis rakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan diterima Nga Kor Ming
Antara individu yang dirakam keterangan mereka termasuk ibu bapa menteri itu serta jirannya.