KUALA LUMPUR: Golongan belia menerusi Undi18 dijangka akan menjadi pemangkin kepada reset atau permulaan semula dalam sistem politik negara pada tahun baharu ini.
Pengarah Komunikasi Institut Penyelidikan untuk Kemajuan Sosial (REFSA), Raja Ahmad Iskandar Fareez berpendapat, biarpun sukar menjangkakan isu yang akan diperjuangkan golongan anak muda, namun situasi semasa dilihat menaikkan kredibilti mereka di mata masyarakat.
"Tahun 2022 ini, kita akan saksikan pertembungan dua kelompok. Kelompok pertama ialah mereka yang mahukan status quo, di mana keputusan dan proses politik menjadi eksklusif kepada golongan elit yang sekali gus menjarakkan rakyat daripada proses pentadbiran.
"Kelompok kedua adalah mereka yang mahu lebih demokrasi, mahu merancakkan sistem demokrasi dengan melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
"Jika kita lihat, pembabitan anak muda dalam sukarelawan dan sebagai pembuat dasar dapat menambahkan keyakinan terhadap mereka, selain membantu memperkasa anak muda dalam menjana idea baharu bagi mencari penyelesaian isu masyarakat," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam program Fokus Minggu Depan di Astro AWANI, pada Sabtu.
Ujarnya, situasi ini akan memperlihatkan persaingan dalam kalangan pemain politik untuk cuba memancing perhatian dan sokongan anak muda yang mampu memberi perbezaan terhadap skala kepercayaan orang ramai.
"Kita akan nampak blok politik cuba mendekati mereka, cuba pikat mereka dan lebih penting pujuk mereka ke peti undi. Siapa yang dapat meyakinkan mereka, dialah yang akan dapat kelebihan," katanya lagi.
Beliau juga berpandangan disruption seumpama ini perlu dalam politik bagi menjamin kekukuhan institusi demokrasi.
"Distruption (dalam politik) ini proses berterusan. Jika anak muda yang progresif tidak memperjuangkan isu-isu tertentu, maka golongan yang nak jadikan politik hak eksklusif mungkin akan membalikkan arus perubahan ini.
"Dapat dilihat di negara luar yang sudah capai satu tahap pendemokrasian, tetapi kini merudum demokrasinya kerana ada backlash dari golongan konservatif dan mahu kuasa tertumpu di tangan elit.
"Kita kena fahamkan rakyat yang reset ini proses, ia bersifat fluid dan perlu diperjuangkan dari semasa ke semasa," ujarnya.
Madiha Abdullah
Sat Jan 01 2022
Belia akan menjadi pemangkin kepada reset atau permulaan semula dalam sistem politik negara pada tahun baharu ini. - Gambar fail/Bernama
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais
Sheikh Sudais juga mengingatkan para jemaah untuk tidak membiarkan isu-isu lain menjejaskan tumpuan mereka beribadah.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.
Tiada perang dingin Muhyiddin, Abdul Hadi - Syed Muhammad Imran
Syed Muhammad Imran turut menafikan hubungan antara Muhyiddin, dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam keadaan tidak baik.
Politiking berterusan hanya akan merugikan rakyat dan negara - Hajiji
Hajiji berkata beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Hajiji tumpu bantu rakyat, tidak mahu buang masa cakap politik
Hajiji sedar ada yang tidak menyukai dan mengkritiknya, namun sebagai Ketua Menteri usaha memajukan Sabah serta membantu rakyat lebih utama.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan mulakan 'Perjalanan Keadilan' sejauh 6,200km
Badan pembuat keputusan tertinggi parti Indian National Congress mahu Rahul menjelajah negara itu dari timur ke barat.
GPS belum beri 'lampu hijau' untuk ahli PSB sertai PDP
Abang Johari berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB.