KUALA LUMPUR: Biarpun berdepan pertuduhan besar, masih belum terbukti bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki benar-benar bersalah.

Kata pakar kriminologi dari Nottingham Trent University, Kassim Nor Mohamed, segala fakta yang diketahui umum tidak cukup untuk khalayak menghukum dan mahu siasatan menentukannya mengikut lunas undang-undang.

Ketika ini, menurut pemerhatian Kassim, persepsi khalayak dilihat seakan-akan mengatakan Azam Baki menyalah guna kuasa hanya bersandarkan maklumat tentang pemilikan sahamnya itu.

“Tentang soal sama ada Azam Baki harus mengambil cuti, ia semacam kita mengatakan bahawa beliau bersalah.

“Salah satu perkara yang kita belum tahu setakat ini adalah apa buktinya yang ada untuk menunjukkan bahawa dengan memiliki saham tersebut dan menamakan adiknya sebagai penama adalah satu kesalahan.

“Sebagai seorang ahli kriminologi, saya sentiasa melihat pada fakta dan bukti.

“Kalau saya risau kerana bersalah terlibat (dalam salah laku), saya tak akan memfailkan saman sivil kerana sudahnya saya akan berdepan dengan mahkamah.

“Jadi apa yang patut kita lakukan ialah menunggu segala siasatan dijalankan dan kes dibicarakan di mahkamah sehingga kebenaran terserlah,” kata Kassim.

Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan Ibrahim Sani, di sini:


Belum ada bukti Azam Baki bersalah, biar siasatan tentukan - Pakar kriminologi


Agenda AWANI: Isu integriti SPRM I Berfakta atau beragenda?