"Apa yang berlaku ialah satu jemputan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti komponen. Mereka hanya berbual-bual,".

Demikian penjelasan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan akhbar yang mengatakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama ahli politik pembangkang mahu Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.

"Saya tidak tahu (sokongan) kerana saya tidak berada di situ. Tetapi saya tahu tentang pertemuan itu.

Abang Johari yang juga Presiden GPS berkata, Dr Mahathir telah menjemput pemimpin parti-parti politik bertemu dengannya.

Dalam laporan akhbar hari ini, Dr Mahathir mengaku ada bertemu dengan beberapa pemimpin pembangkang.

Kata Dr Mahathir, ia merupakan perkara biasa kerana beliau sering mengadakan perjumpaa dengan pelbagai individu termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).