YAN: Jasad mangsa tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai yang dikenal pasti sebagai Ridwan Poniman, 61, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Unit Storm dan Must Team Bomba, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, jasad mangsa ditemui pada jarak kira-kira 400 meter dari Pusat Kawalan Bencana (PKB) di Titi Hayun.
"(Jasad) berjaya dikeluarkan pada kira-kira jam 1.30 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk urusan seterusnya pada jam 1.45 petang tadi, sebelum dihantar ke Hospital Yan.
"Kami membuat pencarian di tempat itu dan kita temui mayat di atas timbunan kayu," ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat singgah dan menyaksikan operasi mengeluarkan mayat mangsa oleh pasukan penyelamat.
Dengan penemuan mayat terakhir itu, mengesahkan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi itu seramai enam orang, sementara seorang lagi berjaya diselamatkan.
Dalam kejadian hentaman kepala air pada jam 4.30 petang Rabu lalu, tujuh mangsa dilaporkan hilang selepas dihanyutkan air deras.
Mangsa pertama, Ahmad Din, 68, ditemui jam 6.30 petang di Kampung Setol manakala mangsa kedua, Shahruzi Mohamad, 53, ditemui di Kilometer 8, Gunung Jerai jam 11 malam, dan mangsa ketiga, Zainol Morad, 66, di Kampung Titi Hayun jam 12.30 tengah malam.
Selain itu, mangsa keempat, Mohd Faizal Mohd Zohir, 28, ditemui jam 3.10 petang di Keda Sungai Udang Khamis lalu,manakala mayat kelima, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui di Batu Hampar jam 3.17 petang semalam.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Aug 23 2021
Jasad mangsa ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan tersangkut di atas timbunan kayu berhampiran sebuah kawasan chalet di Titi Hayun. - Astro AWANI
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam keadaan hujan dan berkabus dengan tanah runtuh menyekat laluan.
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Rantau ASEAN alami 22 bencana, Indonesia dan Filipina paling teruk terjejas
ASEAN mengalami 22 bencana pada minggu ketiga tahun ini, dengan banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin mencetuskan kemusnahan, terutama di Indonesia dan Filipina.
Perubahan iklim sebabkan kematian jutaan penduduk menjelang 2050 - Laporan WEF
Menurut laporan bersama oleh WEF yang diadakan di Davos minggu ini dan firma perunding Oliver Wyman, risiko terbesar adalah disebabkan banjir.
Bandung isytihar kecemasan banjir sehingga 20 Januari
Status kecemasan itu akan dilaksanakan selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan atau dipendekkan bergantung kepada situasi di lapangan.
Korban gempa bumi Jepun kini cecah 213 orang, 52 masih hilang
Jumlah korban akibat bencana gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun kini mencecah seramai 213 orang pada Khamis.
Gempa bumi di Jepun: Seorang dilaporkan maut akibat bangunan runtuh
Siri gempa bumi melanda Ishikawa dan wilayah berdekatan, dengan satu gempa bumi bermagnitud 7.4, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Gempa bumi di Jepun: PM dan isteri turut bersimpati
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap mereka yang terkesan, termasuk rakyat Malaysia di wilayah Ishikawa di tengah Jepun diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar.
'Sponge cities' mungkin penyelesaian banjir di Malaysia?
Konsep 'sponge cities' adalah untuk mengekalkan, membersihkan dan menggunakan semula air hujan secara efektif.
Banjir: Jumlah mangsa di empat negeri menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri terlibat menunjukkan pengurangan malam ini.